30 Julai 2024 merupakan hari cuti umum Negeri Pahang. Sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang. Dapat la cuti sehari lagi. Takde ke mana pun cuma keluar kejap pagi tadi membeli barang dapur.
Selalunya Cie beli barang dapur hari Sabtu. Husband takde baru-baru ni tu yang beli hari ni dah alang-alang cuti umum Negeri Pahang. Beli sikit je lauk pauk dan sayur untuk stok seminggu. Bahan kering selalunya beli untuk stok sebulan terus.
Adik je nak ikut. Kakak taknak ikut. |
Semalam rupanya seharian tak keluar rumah. Kalau cuti takde ke mana memang duduk kat rumah tak keluar langsung. Hari ni la baru jejak kaki keluar rumah nak beli barang dapur.
Sempat la tengok-tengok mini kebun yang dah tinggal 3 pasu je. Dulu rajin bercucuk tanam. Sekarang ni tinggal dayn kari, daun pandan dan pokok limau purut yang tinggal batang je.
3 pasu je dah tinggal |
Pokok kari tu ambil kat kampung. Kakak Cie bagi 1 pokok letak dalam pasu. Sebelum ni dah nak mati sebab diserang ulat beluncas. Entah macam mana masih boleh survive lagi tu hidup keluar banyak dah daun.
Pokok daun pandan tu asalnya Cie letak dalam botol berisi air. Bila dah semakin menjalar akar tu Cie pindahkan ke dalam pasu. Hidup subur elok je tu.
Pokok limau purut tu kakak Cie bagi. Dulu banyak daun dah puas la makan hasilnya. Lama-lama makin pupus pulak. Kena serang ulat jugak. Nampak daun baru tumbuh tapi entahla boleh bertahan ke tak tu.
Pagi tadi beli barang dapur kat BS Freshmart. Situ jela port membeli lauk pauk setiap minggu. Kalau nak beli banyak dan stok bahan kering sebulan Cie suka beli kat TF Valuemart. Pasaraya lain tu ada je tapi jarang la beli macam kat TMG dan Mini Ria.
Beli ayam, sotong, ikan siakap, kangkung, tempe dan lain-lain. Sikit je kalau beli setiap minggu ni kira stok cukup seminggu jela.
Balik rumah terus masuk kitchen nak masak lunch. Hari cuti boleh la masak banyak menu sikit dan makan sama-sama. Kalau hari kerja dan anak-anak sekolah menu lunch beli je dan kalut-kalut je makan masa suntuk je.
Menu hari ni telur mata goreng kicap, ikan kerisi goreng, ikan keli goreng, tempe goreng tepung bestari, kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Menu macam ni memang menyelerakan.
Dah siap lunch sebelum zohor tadi. Selepas zohor dah boleh berehat menikmati hari cuti umum negeri Pahang.
Bestnya cotiiii...akak esok cuti, annual leave...bila cuti umum hari biasa ni leboih untuk duduk rumah kan
ReplyDeletebestnya coti! wlupun tak keluar mana sgt takpe as long dpt rest sekejap hehe
ReplyDeleteAkk baru masak kangkung utk dinner jap lagi :)
ReplyDeleteSelamat berehat Cie.
Baru nak ke Hospital Temerloh semalam sbb kerja.. sekali org hospital habaq cuti la.. terus tangguh minggu depan...
ReplyDeleteComey pokok daun kari tu...Telur kicap tu buat sy lapar pagi2 nih =D
ReplyDeletesedap sedap menu masakan Cie . owh semalam orang Pahang PH rupanya hehe :)
ReplyDeletesapa la yang tak suka cuti kan ehehheh.... lagila tengah minggu
ReplyDelete