Tahun ni memang tahun yang Cie pulun sijil. Hahahaa. Semuanya gara-gara Pensijilan Akreditasiyang berlangsung pada 22 hingga 24 Julai 2024 baru-baru ni. Kalau ikut standard tu perlu ada Pensijilan GMP HACCP dan Halal.
Bukan takde pun sebelum ni dah pernah dapat je semua pensijilan tu. Macam Pensijilan GMP HACCP tu masa di bangunan dapur hospital yang lama dah pernah dapat. Cuma apabila tahun 2018 Cie dah berpindah ke bangunan baru tu yang kena mohon semula. Mulanya Cie mohon Persijilan GMP pada tahun 2021 dan tamat pada 2024. Tahun 2024 baru la mohon Persijilan HACCP pulak.
Macam Pensijilan Halal tu dah pernah mohon sebelum ni dan dah expired pada 2019 cuma takde masa nak renew je masa tu dengan macam-macam kekangan. Bermula tahun ni la buat permohonan semula. Baru juga Cie buat permohonan kesemua pensijilan ni.
Untuk Pensijilan HACCP Cie mohon pada hujung tahun 2023. Auditor datang buat audit pada Februari 2024, Mei 2024 dah dapat pensijilan. Bila dah dapat Pensijilan HACCP automatik dapat Pensijilan GMP secara fast track. Sijil yang original Cie terima minggu lepas sampai ke hospital.
Pensijilan Halal pulak baru je mohon bulan 5. Hujung bulan 6 auditor datang dan dapat sijil pada bulan Julai baru-baru ni. Memang cepat jugak la pihak Jakim proses semuanya. Auditor yang datang dari Jabatan Agama Islam Pahang Bahagian Audit Halal.
Alhamdulillah mudah je semua urusan Cie untuk mendapatkan Pensijilan GMP HACCP dan Halal ni. Semua auditor yang sangat mudah berurusan dan banyak membantu semua proses. Nak menyiapkan segala dokumen jela agak sttruggle sebab Cie sorang-sorang je uruskan semua. Penat memang penat sebab kita takde pegawai yang sama-sama jawatan kita.
Cuma rasa penat tu hilang bila dapat pegang sijil. Rasa segala penat lelah berbaloi. Bila dah dapat sijil ni nak maintain jela. Mencabar jugak tapi takpela kita buat mana yang termampu. Macam ni la nama pun kerja kan. Takde yang mudah-mudah dan takde lancar je semua.
Alhamdulillah, selesai 2 sijil..
ReplyDeletealhamdulillah lega dah selesai.
Delete