Hari ni saja je ambil cuti sebab 30 Julai negeri Pahang memang cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Cuti tersepit orang kata kan. Lagipun adik Rania cuti jugak sempena hari sukan sekolah Adik Rania semalam tu. Jadilah hari cuti yang produktif hari ni.
Banyak ibu boleh settle apa yang patut. Jarang berlaku juga hari cuti yang produktif ni. Disebabkan cuti panjang weekend bersambung tu yang jadi produktif macam-macam buat hari ni.
Awal pagi settle buat order produk Personal Collection dan claim produk percuma dari Personal Collection untuk ID husband Cie. Husband pun join ahli boleh grab produk percuma. Rugi kalau tak grab. Tu yang best beli produk Personal Collection ni. Beli produk dapat percuma produk.
Dalam pukul 11 pagi macam tu baru la masuk dapur nak masak lunch dan buat sambal belacan je. Tengok dalam pantri ada bawang merah terus plan buat bawang goreng. Cili padi baki buat sambal belacan tadi ada lagi terus la buat sambal kicap dah alang-alang ada bawang merah tu.
Masak menu lunch pun siap. Stok sambal belacan, stok sambal kicap dan bawang goreng pun siap. Jadi la hari cuti yang produktif. Lepas masak boleh beristirehat.
Bila hari cuti yang produktif ni terhasil la segala macam stok. Dah alang-alang rajin ni terus buat. Kalau malas tu time cuti kita habiskan masa berehat betul-betul. Hihi
simpan stok senang nak guna di masa depan..
BalasPadamWalau pun cuti tapi tak beristeri rehat
BalasPadamPertama kali dengar cuti tersepit. Tapi memang best bercuti, hehehe.
BalasPadambetul2 produktif nie
BalasPadam