Aktiviti Hari Cuti - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, October 25, 2024

Aktiviti Hari Cuti

Hari ni Cie cuti. Saja je ambil cuti sebab tak busy sangat kat office. Lagipun lama sangat dah Cie tak cuti. Cuti yang betul-betul ambil la. Bulan lepas ada je cuti. Cuti mak mertua meninggal dan cuti sakit. Tu cuti yang diberikan.

Apa aktiviti hari cuti kita hari ni?

Plan pagi-pagi nak kayuh excercise bike kat porch. Tak jadi sebab duk baring atas sofa scroll socmed lagi best dari excercise. Hahaha. Tulis blog untuk schedule entry pun terselit juga la selain dari jenguk IG dan FB.

9 lebih macam tu baru bersiap nak keluar. Aktiviti hari cuti yang pertama nak singgah kedai jahit nak hantar alter baju dan jahit baju yang dah beli kain lama sangat dah rasanya setahun dah pun tak berjahit lagi.

Beli kain kosong tu nak buat untuk baju kurung anak-anak. Masa tu ada program kat KAFA anak-anak kena pakai kain batik. Hantar kedai jahit jugak buat kain batik budak-budak tu. Anak-anak pakai dengan baju sekolah je untuk program KAFA tu. Duk bertangguh tak bawak ke kedai. Sudahnya kain batik anak-anak tu dah tak muat.

Kebetulan pulak baru ni kakak ipar ada bagi 2 helai kain batik arwah mak mertua yang belum pakai. Tu yang plan nak match dengan kain kosong tu. Kebetulan juga matching. Tapinya tadi terlupa nak bawak keluar.

Dah siap gores kupon parking dah pun. Baru nak turun tengok eh takde kain. Gerak la nak pergi beli barang dapur pulak. Gunakan sepenuhnya kupon parking yang dah digores tadi. Padahal ada je apps parking tapi sebab nak jimat baki dalam apps tu terus la cari kupon parking husband. Habiskan duit dia jela. Niat tak elok tu yang terlupa nak bawak kain. Ahahah

Aktiviti Hari Cuti

Beli sikit je biasa beli barang kering sebulan sekali je. Kecuali dah habis baru la beli sekali bahan basah seminggu sekali. Tadi beli telur, ayam, ikan selayang, sotong, udang, tomato ceri, cili hidup merah, cili hidup hijau, serbuk cili, serbuk lada sulah, beras basmathi. Jumlah bil tadi RM89.95.

Biasanya kalau pergi beli barang dengan husband kami berbagi tugas. Husband tukang pilih lauk-lauk, Cie sayur dan bahan kering. Tu yang tak berapa reti pilih ayam. Cie suruh je abang tu tadi pilihkan dan potong terus. Cuma ikan, udang dan sotong je Cie tau pilih.


Aktiviti Hari Cuti

Aktiviti Hari Cuti

BS Freshmart ni dekat je dengan Bakers Cottage. So tadi terus singgah beli ayam panggang blackpepper. Tapi biasa la dah masuk sini lupa dah tujuan asal tadi nak beli ayam je. Beli juga sausage danish dan kaya puff. Kat sini jumlah bil RM30.95.

Aktiviti Hari Cuti

Masuk kereta tengok eh ada masa lagi singgah Mr. Diy la pulak. Nak beli warerproof casing je, ternampak brush beli jugak la senang nak cuci lid tumblr. Bil kat sini pulak RM9.80.

Aktiviti Hari Cuti

Husband bagi duit RM130 je sebab Cie cakap nak beli lauk. Kalau ikutkan kat BS Freshmart tadi tak sampai RM100 pun tapi banyak sangat tempat menyinggah jadi la tak cukup 70sen kena guna duit sendiri. Hahahah. Tu la siapa suruh suka hati je beli benda lain sekali. Tu pun tadi tak menyinggah Zus sebab tengok dah dekat pukul 11 nak balik masak. Anak-anak balik 12pm babah ambil.

Aktiviti Hari Cuti

Start masak nasi berperisa, buat sup kaki ayam sikit, acar timun dan goreng papadom, buat air limau kasturi ais. Siap dah anak-anak balik rumah ibu dah siap hidang. 

Aktiviti Hari Cuti

Pukul 3 macam tu ajak kakak Raisha keluar nak pergi kedai jahit nak tempah baju yang tak kesampaian pagi tadi. Keluar je rumah hujan lebat pulak. Masa sampai kedai renyai-renyai je. Mujur buka dan tempah la baju dan alter baju. Katanya 2 minggu lagi siap la.

Aktiviti Hari Cuti

Aktiviti Hari Cuti

Tengok masa ada lagi. Terus ke salon nak gunting rambut pulak. Ibu gunting rambut pendek sikit. Kakak Raisha gunting rambut dan cuci sekali. Settle ibu dan kakak kat salon balik rumah solat asar sambil tunggu adik Rania balik KAFA. Adik Rania tadi ada bacaan Yasin tapi mintak je balik awal sebab salon tutup 6pm takut tak sempat pulak nak potong rambut.

Aktiviti Hari Cuti

Sampai salon pekerja tu dah standby nak balik dah. Kami sampai je terus boleh potong rambut adik Rania. Takde customer pun masa kami sampai. 

Sekian aktiviti hari cuti hari ni. Tak sempat nak berehat sangat pun. Malam nanti nak kemas beg nak bercuti esok pulak. 

6 comments:

  1. Selalunya memang mcm tu... Cuti bukan untuk berehat2 di rumah.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Eh,kita pun cuti semalam...tapiac Cie jugaklah...penuh jadual kerja🤭🤣

    ReplyDelete
  3. Banyak betul aktiviti hari cuti dia. Kalau jalan² hari cuti time org kerja memang best kan.

    ReplyDelete
  4. wahhh parking masih bwh RM0.50 / sejam lagi? best tuuu

    ReplyDelete
  5. Walau cuti tapi padat seharian ya kak 👍☺️. Malah bagus, jadi produktif. Saya pula kalo cuti dan tak ada plan traveling, langsung mager (malas gerak) di rumah 🤣

    Sedapnya nampak menu makan siang yg kakak buat 😍😍

    ReplyDelete