Lama dah nampak iklan Gardenia Numee Laksa Kari ni. Memang rasa teringin nak cuba. Sejak tak makan mi segera brand M tu memang cuba pelbagai jenis mi segeea dah. Takdela makan selalu cuma kalau rasa teringin nak makan.

Gardenia Numee Laksa Kari

Gardenia Numee ni banyak dah keluarkan mi segera. Cie pernah dah try Mi Goreng Numee GardeniaMi Segera Gardenia Perisa AyamMi Segera Gardenia Perisa Kari. Tu yang nak try Gardenia Numee Laksa Kari.

Rasa dia ok la bagi Cie banyak rasa kari je takde rasa laksa sangat pun. Cie tumis bawang putih dan bawang besar guna minyak. Taktau pulak dalam tu ada dapat krimer sekali dan perencah pun pes yang dah ditumis minyak agaknya. Ingatkan perencah serbuk. Jadi macam berminyak la sikit kuah tu. So next time tau dah tak perlu tumis minyak.

Gardenia Numee Laksa Kari

Cie beli 1 pek tu ada 5 bungkus. Dah masak 2 bungkus ada lagi 3 bungkus. Nanti bila-bila rasa kelaparan malas masak boleh la masak Gardenia Numee Laksa Kari jela.

Gardenia Numee Laksa Kari