Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan Satu 2025 - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, October 5, 2024

Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan Satu 2025

Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat tahun 2025 mula dibuka pada 2 Oktober 2024 jam 5 petang.

Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan Satu 2025

Boleh layari laman web untuk semakan Tingkatan 1

Boleh layari laman web untuk semakan Tingkatan 4

Cie dah pun semak untuk kakak Raisha dah dapat tarikh dan tempat ujian. Mujur la dapat dekat je dengan rumah senang nak pergi nanti.

Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan Satu 2025

Sebenarnya kakak Raisha taknak pun sekolah asrama. Tapi ibu saja je nak kakak berdikari. Nanti taktau la tu terbuka tak pintu hati dia kalau ada rezeki ditawarkan. Cie ada mohon jugak SBP. Mujur la tarikh tak sama. Untuk SBP ujian pada 9 Oktober dan MRSM 10 Oktober.

Ada kawan-kawan dia yang hari ujian SBP dan MRSM sama memang kena tukar la tarikh ujian tu. SBP dan MRSM kan tak sama jadi bertindih la pulak masa ujian.

Banyak juga dokumen kena bawa masa Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan Satu 2025 ni antaranya:

  1. Slip gaji bapa/ penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan bapa/ penjaga (Jika tiada slip gaji/ bekerja sendiri/ lain-lain) yang disahkan.
  2. Slip gaji ibu/ penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu/ penjaga (Jika tiada slip gaji/ bekerja sendiri/ lain-lain) yang disahkan.
  3. Salinan terkini keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains yang disahkan.
  4. Salinan Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang disahkan.
  5. Salinan Sijil Pengangkatan (jika berkaitan).
  6. Salinan Kad OKU calon (jika berkaitan).
  7. Borang perakuan maklumat calon.


Semua Cie dah selesaikan. Senang nanti minggu depan hadir je ujian. Semoga ada la rezeki dapat. Semoga terbuka la pintu hati kakak Raisha nak duduk asrama. Demi kebaikan kakak Raisha juga nak menuntut ilmu.

16 comments:

  1. mudah mudahan ada rezeki raisha di mrsm aminnn

    ReplyDelete
  2. Back to back ye ujian Kakak Raisha. Semoga berjaya nak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mujur tak dapat date yang sama. ada kawan dia dapat date sama kena tukar.

      Delete
  3. Semoga dilancarkan semuanya. Sayapun prefer masukkan anak ke sekolah asrama. Sayangnya di sini tak banyak. Yg sekolah asrama mostly pesantren atau sekolah agama. Yg private atau government tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin. ye jadual lebih teratur kalau duduk asrama.

      Delete
  4. All the best kakak!
    Esok & lusa ya.
    Moga kakak tenang-tenang jawab exam. Dapat pengalaman ambil ujian begini pun bagus walau nanti kakak taknak masuk asrama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. aah nak bagi dia pengalaman jawab exam besar & nak tengok tahap kemampuan dia.

      Delete
  5. MRSM dan SBP ni lain2 kementerian. Moga ada rezeki anak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lain2. sebab tu ada pelajar yang date sama kedua exam tu.

      Delete
  6. good luck kakak!! moga ada rezekinya.. anak buah & anak kawan kat opis pun ada yg apply ni

    ReplyDelete