Ikan Keli Tumis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Khamis, 28 November 2024

Ikan Keli Tumis

Menu dinner malam tadi Cie masak ikan keli tumis. Ada lebihan yang Cie masak baru ni suami beli 3 ekor besar jugak. Cie dan suami je makan. Kakak Raisha pun makan sikit. Adik Rania je tak makan.

Baru ni Cie masak Ikan Keli Goreng Berlado. Cie masak bahagian ekor dan tengah je. Ada lebihan bahagian tengah ke kepala tu banyak juga bila potong kecil-kecil cukup la untuk kami makan 3 beranak.

Ikan Keli Tumis

Ikan Keli Tumis ni dulu arwah ayah selalu masak. Memang jadi kegemaran kami la kalau ayah masak ikan keli tumis memang tak boleh lawan kesedapan ikan keli tumis ayah tu. Sekarang jadi kenangan jela takde dah dapat rasa ikan keli tumis ayah masak. Nak makan masak sendiri jela.

Bahan-bahan untuk masak ikan keli ni simple je cuma kena ada tempoyak dan belimbing buluh rebus. Ni ikut resipi ikan keli tumis Cie la. Kalau takde tempoyak dan belimbing buluh rebus tu mungkin boleh ganti asam gelugor.

Belimbing buluh rebus tu yang kena rebus sampai hitam tu. Biasanya orang Pahang buat sambal hitam kami guna belimbing rebus hitam tu. Cie tak pandai rebus. Selalunya bila musim belimbing banyak kakak Cie akak rebus dan bagi la kat adik-adik. Memang sentiasa ada stok belimbing rebus ni boleh simpan lama.

Bahan-bahan Ikan Keli Tumis

Ikan keli potong kecil
2 biji bawang merah rose (bawang kecil)
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi merah
1 sudu kecil tempoyak
2 biji belimbing buluh rebus
Sedikit serbuk kunyit (hujung-hujung sudu je)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak masak untuk tumis
1 cawan air (bergantung nak kuah banyak mana)

Cara Membuat Ikan Keli Tumis

  1. Tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan tempoyak dan kacau rata.
  3. Masukkan air, ikan keli dan belimbing rebus. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam, bahan perasa serta serbuk kunyit.
  4. Agak-agak ikan dah masak boleh tutup api dan hidangkan.
Ikan Keli Tumis

Senang je nak masak. Bahan pun simple je. Malam tadi Cie masak juga telur dadar sebagai tambahan dan ikan masin goreng. Sayur timun dan salad jela.

Ikan Keli Tumis


12 ulasan:

  1. saya daridlu x makan keli..tengok orang lain makan mcm sedap je.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Cie kongsi resipi ikan keli tumis. Tak banyak rupanya guna belimbing buluh.

    BalasPadam
  3. Kalau keli ni saya pernah makan sambal berlado dgn masak lomak je. Ada guna tempoyak juga ye dlm resipi ni :D

    BalasPadam
  4. Aishhhh..Sedap nih..Dah lama x masak ikan keli..Sbb mls nk bersihkn =D

    BalasPadam
  5. Tahu tak, kita yg tak pernah makan ikan keli tumis ni telan² ailio bila baca resepinya.

    BalasPadam
  6. tak pernah pula makan macam nie...selalu ikan keli linda goreng je...sira ngan sambal merah...itu je yang lalu makan kalau ikan keli nie...

    BalasPadam
  7. Sedap sangat ni. Ikan keli masak apa pun sedap.

    BalasPadam
  8. nampak sedapnya...belum pernah masak macam tu

    BalasPadam
  9. Kalau ikan keli, saya suka makan keli berlada.

    BalasPadam
  10. biasa menu ikan keli masak samada goreng biasa & berlado je.....

    BalasPadam
  11. Kat rumah biasa masak keli berlado atau masak lemak cili padi. Tempoyak takde sebab saya tak makan durian.. hehehe..

    BalasPadam
  12. Time puasa duk tengok entry ni...mencabar betul...hahahah...nampak sedap..nanti nak cuba buat la

    BalasPadam