Dah hampir 2 minggu iron philips dah siap repair. Berbulan jugak iron philips rosak hari tu. Husband duk bertangguh je nak repair. Katanya nak tanya kawan dia dulu. Sebabnya kawan dia kata pernah dah repair iron philips orang lain punya sebelum ni.
Tangguh punya tangguh jadi la berbulan iron philips rosak dan terpaksa la pakai iron biasa je. Bila dah biasa pakai iron philips jadi kekok nak pakai iron biasa. Tapi redah jela iron baju kerja guna iron biasa. Kena pandai-pandai la control jangan panas sangat.
Hasilnya selalu la tudung macam tak iron. Punya la takut hangus nak buat suhu tinggi. Baju pun asalkan hilang kedut sikit pun ok la.
2 minggu lepas husband bagi kat kawan dia untuk tengokkan apa yang rosak dan dia terus beli barang untuk repair. Betul la yang Cie google dulu tu water pump yang rosak. Kena tukar water pump je. Tapi cost taktau la berapa tanya husband katanya takde lagi kawan dia bagitau harga. Dia repair je dulu.
Cie survey kat shopee. Harga water pump iron philips memang murah je. Rasanya takdela mahal mana termasuk upah.
Walaupun dah 2 kali rosak setakat 6 - 7 tahun guna iron philips ni ianya perlaburan membeli yang berbaloi dan memudahkan urusan nak iron. Anak-anak pun pandai guna iron philips tu. Jadi mudah la dan ringan sikit kerja.
Cie iron baju kerja dan tudung je. Baju anak-anak husband yang settle kan. Sekarang kurang jugak husband iron. Kakak Raisha je pakai uniform setiap hari Isnin. Adik Rania masih pakai baju pj je pergi sekolah.
Tahun 2025 nanti taktau la pulak tu masih terus pakai baju pj atau kembali pakai uniform. Uniform lama pun macam dah ketat dah untuk adik Rania. Kakak Raisha pulak tahun depan uniform baru dah masuk sekolah menengah.
Iron philips dah siap repair ni mudah la nak iron uniform nanti. Boleh dah ajar anak-anak untuk iron sendiri je.
Kain alas iron board pun Cie tukar yang baru. Kain lama tu dah buruk sangat dah sejak beli tak pernah tukar pun lagi. Span pun dah menipis. Masa beli tu dapat free 1 kain alas iron board tu boleh la guna.
Kain lama buruk sangat dah |
Tukar kain baru |
Wahhhh... sudah berbaju baru.
BalasPadamAkaknya iron tahun lepas baru tukar water pumpnya. Adik ipar yang buatkan. Kitorang dulu dalam 6-7 org adik beradik main kutu iron ni. Bila nak tukar water pump pun macam serentak. Mungkin jangka hayat water pump tu sama
Samalah jenama iron kita Cie. Kain penutup papan iron tu pun sama coraknya, dah lama sangat tak tukar. Nak kena tukar juga ni.
BalasPadam