Hari Kelepasan Am 2025
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2025. Sedar tak sedar ye cepat sangat masa berlalu. Rasanya baru je lagi masuk tahun 2024, tup tup dah nak masuk 2025.
Macam biasa setiap kali bulan 12 Cie akan search Cuti Umum Malaysia 2025 untuk merancang percutian keluarga. Tak kesah la bercuti bersama keluarga atau bercuti dari bekerja.
Menjadi rutin juga untuk Cie senaraikan Hari Kelepasan Am Negeri Pahang untuk staf jabatan Cie bergilir-gilir untuk bercuti. Kalau semua cuti tak makan nanti patient kat wad.
Staf Cie ada seramai 15 orang. Untuk Hari Kelepasan Am 2025 ni Cie tetapkan 5 orang sahaja boleh bercuti dan selebihnya boleh buat tuntutan Elaun Lebih Masa (ELM).
Untung yang kerja syif kalau bekerja pada Hari Kelepasan Am mereka boleh tuntut Elaun Lebih Masa. Banyak juga bayaran untuk 1 hari bergantung kepada gaji.
Macam kita yang kerja waktu pejabat ni memang dah layak cuti so tak boleh la nak tuntut apa-apa elaun. Ada la kelebihan dan kekurangan kan untuk yang bekerja syif dan yang bekerja waktu pejabat.
Malaysia anatara negara yang banyak cuti
ReplyDelete