Makan Kenduri Di Kampung - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, December 22, 2024

Makan Kenduri Di Kampung

Tengahari tadi balik kampung kejap. Dekat je kampung Cie dengan rumah Cie. Dalam 30 minit je. Balik makan kenduri di kampung. Sepupu arwah mak dulu buat kenduri bertunang anaknya. Kiranya bapak saudara pupu Cie. Anaknya yang betunang tu 2 pupu la.

Lama juga tak makan kenduri kat kampung. Menu kenduri kat kampung tak pernah tak sedap la. Mereka masih masak gotong royong. Saudara mara juga yang masak. 

Cie ni pulak sejenis tak suka pergi kenduri. Hihi. Entahla sejenis introvert susah sikit nak bersosial. Bila jumpa orang yang dikenali je boleh layan borak. Kalau tak berapa rapat nak berborak tu janggal sikit.

Makan kenduri di kampung ni pun macam saudara rapat baru Cie pergi. Memang sejenis penyakit jugak ni. Masa  remaja dan sebelum menikah dulu Cie memang tak pergi makan kenduri di kampung. Kecuali saudara rapat tu pun jenuh kena paksa dengan mak.

Macam risau je nak kena bersosial. Kalau tak borak kang orang kata sombong pulak kan. Paling risau kalau ada kenduri sebelah husband. Adoi lagi la masalah besar sebab kita tak kenal siapa kan. 

Cie lagi suka kalau orang tak jemput makan kenduri. So tak payah pening-pening fikir macam mana nak mengadap saudara mara kan. Takkan nak senyap tengok je orang. Tu la masalah yang susah betul nak dibendung.

Makan Kenduri Di Kampung

Macam-macam menu ada tadi. Tak sempat nak snap gambar makanan dan air pun ada pelbagai jenis. Ramai sangat jemputan. Meriah betul majlis tunang. Bertunang pulak dengan orang kampung jugak. Semua saudara mara la jugak pun.





Siap makan tadi borak-borak dulu dengan saudara mara yang mana lama tak berjumpa tu. 2 lebih tadi baru balik rumah ayah kejap. Solat dan borak-borak pulak dengan adik beradik. Dah pukul 6 baru la gerak balik rumah.

Mak saudara pupu tadi bekalkan lauk ayam masak merah. Balik tadi panaskan je untuk dinner. Tambah telur dadar dan ulam timun je.

5 comments:

  1. PH pula suka pergi kenduri esp kduri saudara mara hehe... Tapi muda² dulu segan juga ahak 😁
    Selamat bertunang, semoga dipermudahkan urusan utk fasa seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Kak SA pun sama.ikutkan x berapa suka nak pi kenduri..nak- nak bila Mak Pah dah xde..x tau nak berborak macam mana..setuju makanan kenduri memang sedap

    ReplyDelete
  3. kalau masak scr gotong royong biasanya sedap...

    ReplyDelete
  4. Meriah nampaknya walau cuma majlis pertunangan.

    Akak pulak sebab kerap berpindah, jadi setiap kali tu pergi kenduri tempat orang yang tak berapa kenal. Kekok rasa tapi kena hadap jugaklah, hidup merantau kena pandai bergaul walau kadang tak berapa faham loghat negeri orang 😄

    ReplyDelete
  5. Bila ke kenduri dihidangkan lauk kampung yang dimasak sendiri secara gotong royong, memang terasa sedapnya.

    ReplyDelete