Zus Wrapped 2024 - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, December 22, 2024

Zus Wrapped 2024

Jumaat baru ni buka apps Zus. Lepas tu nampak la ada Zus Wrapped 2024. Cie pun klik la nak tengok ada apa. Wahhhhh best la Zus share berapa kita dah order sepanjang tahun dan sejak bila kita mula beli Zus.

Zus Wrapped 2024

Menarik jugak ni terus Zus summarize untuk setahun. Lepas kita dah tengok semua summarize tu kita akan dapat free voucher memang i like la.
Zus Wrapped 2024
Cie takdela kerap sangat beli Zus ni. Bila rasa nak kopi tu baru order. Tiap kali order latte, order jugak air non coffee untuk anak Creamy Mango tu yang tiba-tiba jadi Top 1 untuk 2024. Latte Cie pulak bertukar-tukar flavour tu yang tak dikira sebagai Top 1 kot.


Untuk tahun 2023 pulak repeat air sama je dapat la Iced Buttercreme Spanish Latte jadi Top 1. Baru lagi Cie install Zus ni. Sejak dah ada Zus Coffee kat Lipis baru la Cie install. 


Siap ada date install apps Zus Coffee tu 8 September 2023. First time order Zus Coffee 10 September 2023. Baru setahun rupanya terjebak dengan Zus Coffee ni.


Tahun 2024 ni baru 36 cups je dah order. Ada masa seminggu sekali order, ada masa sebulan sekali. Tengok keadaan. Bukan la peminat tegar sangat pun. 


Sejak menggunakan apps Zus Coffee ni dah 55 cups Cie order. Yang terpaling banyak order Iced Buttercreme Spanish Latte. Tapi tu la kadang-kadang tukar-tukar jugak air lain. Ikut mood waktu dan ketika itu.


Cie memang tak pergi Zus Coffee cawangan lain melainkan kat Lipis ni je. Selalu kalau ke tempat lain takde rasa nak order Zus Coffee pun.


Apa entah maksud dia saved RM101.92 ni. 




Ada juga dia tanya soalan dan kita pilih jawapan untuk tau apa character kita. Ni la character Cie. Entah la apa kita layankan jela asalkan dapat free voucher tu. Boleh la kita guna nak order Zus Coffee nanti.

3 comments:

  1. Tak pernah lagi membeli Zus.. Kat rumah saya dah macam kopi ada.. Minum kopi kat rumah je le.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Oooohh ni nanti blh bgtau kat anak2. Diaorang penggemar Zus tapi belum install apps lagi :)

    ReplyDelete
  3. Akak baru start this year sejak Zus ada kat bawah opis ni...

    ReplyDelete