Temujanji Pertama Klinik Pakar ENT - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, December 13, 2024

Temujanji Pertama Klinik Pakar ENT

2 Oktober 2024 yang lepas Cie hadir temujanji pertama Klinik Pakar ENT Hospital Kuala Lipis. Kalau ikutkan 25 September 2024 tapi masa tu Cie MC Influenza so kena tukar date kepada 2 Oktober. Baru sempat nak cerita.

Sebelum kena refer ke Klinik Pakar ENT ni Cie berjumpa dengan Pegawai Perubatan di Jabatan Pesakit Luar je. Masa tu Cie dah syak kena Acute Sinusitis. Lepas tu baru la Cie kena refer ke Klinik Pakar ENT pula. Itupun selepas Pegawai Perubatan tu discuss dengan Pakar Perubatan untuk kes Cie ni.

Temujanji kali pertama tu tak ramai pun orang. Masa Cie sampai kat Klinik Pakar tu cuma ada seorang sahaja pesakit. Tak lama lepas tu nama Cie dipanggil. Pegawai Perubatan tanya la history apa semua. 

Temujanji Pertama Klinik Pakar ENT

Pegawai Perubatan tu tekan-tekan pipi, dahi dan check telinga. Katanya semua ok je. Lepas tu dia bawak masuk bilik rawatan untuk buat prosedur endoskopi hidung.

Ada 1 besi akan masuk ke dalam hidung. Memang sakit mengalir juga la air mata. Kat besi tu ada kamera la kot bolej teropong hidung. Kita akan duduk atas kerusi menegak 90 darjah rasanya. Lepas tu Pegawai Perubatan tu akan masukkan ke hidung kita dan tengok apa ada.

Temujanji Pertama Klinik Pakar ENT
Sumber gambar: Google

Takde apa pun katanya. Kalau biasa mesti ada nanah, cecair ke apa. Sebab Cie ada bau busuk tu. Sometimes je takdela sepanjang masa berbau tu. Kiranya takde jumpa apa pun masa prosedur endoskopi tu.

Lepas dah settle tu Pegawai Perubatan tu tulis slip ubat. Dia mintak Cie beli sinus rinse sendiri untuk flushing nose. Hospital tak bekalkan. Cuma mereka akan bagi Alkaline Nasal Douche. Benda tu serbuk je macam garam. Bancuh dalam cawan lepas tu guna syringe untuk flush nose. Kalau beli sinus rinse tu senang ada botol.

Selesai Temujanji Pertama Klinik Pakar ENT. Next temujanji pada 28 November 2024 pulak. Entahla berapa siri lagi temujanji ni. Doakan Cie cepat sembuh dari sinus ni. Tak selesa bila hidung asyik pedih je. Ada masa bau busuk.

Temujanji Pertama Klinik Pakar ENT

Temujanji Pertama Klinik Pakar ENT
Setiap kali ambil ubat dapat nasal spray yang berbeza

Sebeban lagi ubatan yang diberikan. Free je ni hospital kerajaan. Kalau swasta ni taktau la berapa kena ni. Bersyukur la dapat rawatan percuma je. Sinus rinse je beli kat Shopee.



Cara guna sinus rinse ni boleh refer kat youtube. Seller tu pun ada je share video kat Shopee. Biasanya kalau kita ada acute sinusitis memang akan keluar lendir. Tapi Cie takde keluar apa-apa pun.


7 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan, cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. Sempat confused saya ENT itu apa, oh ternyata kalo di sini sebut THT (Telinga hidung tenggorokan ).

    Semoga cepat dapat root cause nya di mana ya kak, jadi pengobatan bisa maksimal. Agak seram saya saat proses endoskopi itu 😔

    ReplyDelete
  3. Lega jugak lepas buat prosedur endoskopi tu tak jumpa apa-apa.
    Moga ubatan yang digunakan sesuai dan Cie cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. harap2 takde apa yang memudaratkan...semoga cepat sembuh Cie

    ReplyDelete
  5. kena beli juga untuk anak ke2 ammi. oxynase tu mmg ammi selalu top up untuk dia sebab memang sentiasa block je hidung dia. kesian

    ReplyDelete