Pagi ni kita nak keluar beli barang dapur. Terus la keluar mencari makan. Mula-mula nak makan di gerai taman je tapi penuh pulak takde meja kosong. Husband ajak ke gerai roti canai Penjom pun sama full kedai takde meja kosong. Pagi-pagi hujung minggu semua off kitchen makan kat kedai je.
Cie ajak makan nasi kerabu Gerai Inna Taman Awam jela. Kat situ jarang penuh orang pagi-pagi. Hari tu kecewa nak makan kat kedai famous kat Lipis ni tapinya nasi kerabu takde sayur. Masa tu awal pagi lagi. Ayam bakar anak makan pun tak masak masih merah. Service pun slow nak ambil order pun puas menunggu.
Agaknya bila dah terlalu viral dah tak jaga sangat service. Rugi la berniaga macam tu. Sepatutnya semakin lama semakin perbaiki service. Cie sejenis kalau dah sekali kena tu memang takdela dah nak makan situ dah.
Kita makan jela nasi kerabu kat Gerai Inna Taman Awam Lipis. Nasi kerabu pun ada banyak pilihan lauk. Ada sambal paru, ayam bakar, daging bakar, ayam goreng berempah, ikan keli sambal dan gulai pun ada.
Cie makan nasi kerabu paru, taknak sambal kelapa, tambah telur masin. Suami pulak nasi kerabu daging dan telur masin. Adik Rania nasi kerabu ayam bakar, taknak sambal kelapa dan taknak budu. Sayur dan sambal adik Rania pun ibu yang ambil. Sedap nasi kerabu kat sini warna biru baru la feel makan nasi kerabu. Ibu order air kopi o ais, adik Rania teh o ais, babah air suam.
Nampak karipap pusing nampak sedap suruh husband ambil jugak. 5 biji RM3. Garing kulit karipap tu dan inti pun sedap. Total semua kami makan tadi RM30.
Sedapnya nasi kerabu
ReplyDeleteAduh sedapnya nasi kerabu!
ReplyDeleteKdg bila kedai dah viral, peniaga tak menang tangan serve pelanggan yg terlebih ramai itu yg kualiti kdg tak terjaga :(
Memang nampak menyelerakan nasi kerabu Cie tu.
ReplyDeleteGitulah yang biasa jadi bila satu-satu tempat makan tu jadi viral. Tapi kalau tak cuba tak tahu pulak kan, kita cuba jugaklah sekali lepas tu tengok macam mana.
sedihnya bila dah viral tak jaga kualiti makanan, sebab tu tak suka sangat pergi tempat viral. Dah ramai orang pergi memang orang kedai tak larat pun nak cater semua order. nasib baik lah kenyang semua makan kat restoran lain.
ReplyDelete