Malam tadi Cie tak masak. Malas nak masak. Tinggal bertiga je. Ibu, babah dan adik Rania. Kakak Raisha pergi rombongan ke KL. Dah alang-alang nak ambil kakak kat sekolah terus jela keluar Dinner Di Kebun Cafe.

Dinner Di Kebun Cafe

Kalau ikutkan tentatif asalnya 9.00 malam sampai ke sekolah. Cie dah nak keluar selepas Isyak dalam pukul 8 lebih sebab nak singgah Pasar Mini Ria nak beli bahan steamboat yang terlupa beli siang tadi. Pukul 8 lebih tu bas rombongan baru singgah di R&R Genting Sempah.

Malas dah nak balik rumah lepas beli barang tu. Terus jela ajak babah Dinner Di Kebun Cafe jela sambil-sambil boleh santai-santai je makan sementara nak tunggu kakak sampai cikgu kata anggaran 11.00 malam.

9 lebih juga sampai di Kebun Cafe lepas beli barang. Tak ramai sangat orang kat Kebun Cafe ni masa kami sampai. Selalunya kat sini service cepat je. Kami order teh o ais, mocha ais, nasi lemak ayam dan indomi dengan daging burger.

Sementara tunggu makanan sampai adik Rania ambil handphone ibu dia snap gambar banyak-banyak. Bagus senang kerja ibu boleh masukkan dalam blog. Hihi.

Kebun Cafe ni port lepak yang best macam suasana kat cafe zaman dulu. Kedai bawah-bawah pokok je dalam taman perumahan. Owner ni buat depan rumah je. Meja kerusi pun dari kayu. Ada juga kerusi plastik.

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Cie kongsi je dengan adik Rania makan nasi lemak. Takde rasa lapar pun. Lunch semalam dah lewat petang. Lagipun order air mocha ais tu dah rasa kenyang kalau minum air bersusu. Mulanya nak melepak sampai 11.00 malam tapinya adik Rania dah bosan duk situ dia ajak pusing-pusing je sementara tunggu kakak sampai.

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Selain nasi lemak dan indomi ni kat Kebun Cafe ni ada juga burger biasa dan burger petak. Burger petak tu dia guna roti putih tu. Salut dengan telur. Di panggil petak sebab roti tu petak. Burger sama je macam burger biasa tu. Ada sayur, ada sos, ada mayonis.

Menu tak banyak pun jadi senang owner nak buat pesanan customer. Nasi lemak ready made dah tinggal nak ceduk dalam pinggan je. Tak ambil masa banyak nal sediakan. Burger jela ambil masa sikit nak sediakan.

Boleh kata kerap juga kami dinner di Kebun Cafe ni bila malas nak masak tu. Husband pun selalu lepak sini dengan kawan-kawan dia.