Masa join Fun Walk dan Karnival Jualan sekolah kakak pada 11 Januari yang lepas, ada cabutan bertuah masa tu nombor suami diumumkan dapat la cabutan bertuah pembakar roti. Cie pun try la membakar roti ala kopitiam untuk sarapan kami minggu lepas. Selalu pergi makan kat kedai kopi je roti bakar tu. Kita try bakar sendiri.
Gigih la suruh suami belikan roti yang macam kedai kopitiam guna tu. Bukan roti macam Gardenia tu. Ni roti memang kedai kopitiam guna untuk buat roti bakar. Rasa dia lain sikit berbanding roti Gardenia. Harga roti tu mahal sikit dari roti Gardenia. Rasanya RM3 lebih ada 8 keping je.
Cie bakar guna pembakar roti tu tapinya disebabkan roti kopitam tu panjang kena la bakar separuh-separuh. Tak muat nak masukkan dalam pembakar roti tu. Saja jela nak try hadiah cabutan bertuah pembakar roti tu. Kalau tak biasanya masak atas kuali atau oven je nak buat roti bakar. Kalau roti Gardenia baru ngam guna pembakar roti tu.
Lepas dah bakar sapu la dengan butter dan kaya. Boleh terus makan panas-panas baru sedap. Nak nampak macam ala kopitiam Cie buat jugak telur separuh masak. Memang feel makan kat kopitiam la walaupun kat rumah je.
Jadi function la juga hadiah cabutan bertuah pembakar roti tu. Dah rasmikan dah cuma entah bila nak guna pulak lepas ni. Hahahha. Jangan berhabuk sudah la kan kat atas rak dapur tu. Mungkin lepas ni boleh guna bakar roti Gardenia pulak takdela kena bakar sebelah-sebelah.
Wah...bertuah dapat hadiah ye....lama plak x makan roti bakar buat sendiri guna pembakar...
ReplyDeletebest jugak dapat toaster ni..saya pula tgh survey toaster yang baru, yang kat rumah dah lama sangat, tu pun hadiah masa kawin dulu, dah dekat 18 tahunn..nak cari yang moden sikit..haha..
ReplyDeleteCuya pon ada toaster, tapi dah berzaman tak pakai hehe
ReplyDeleteWah, bestnya! Hadiah cabutan bertuah pembakar roti tu memang berbaloi. Roti bakar panas-panas dengan kaya dan telur separuh masak, memang feel kopitiam gila.
ReplyDelete