Jual Barang Di Kedai Recycle - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, January 26, 2025

Jual Barang Di Kedai Recycle

Semalam lepas balik dari Brisk Walk di Taman Awam dan Bukit Bius Cie kerah anak-anak untuk mengemas bilik. Cie baru je belikan meja study dan rak untuk letak dalam bilik anak-anak. Make over bilik anak-anak sempena cuti sekolah ni. Almari pun semua tukar baru. Dah besar tak sesuai dah nak pakai almari budak-budak.

Dalam proses mengemas ni macam-macam la jumpaan barangan tak berguna anak-anak simpan. Yang rosak pun simpan. Ibu pun mula la projek buang mana yang tak berguna. Yang boleh recycle asingkan. 

Kebetulan pulak beli meja study dan rak tu ada kotak so boleh la jual kat recycle. Hari tu ambik kat kampung koleksi majalah-majalah RASA, PA&MA, Wanita dan entah buku apa-apa lagi ada yang dah tak berguna dah. Baik jual je daripada simpan makan space je.

Jual Barang Di Kedai Recycle

Jual Barang Di Kedai Recycle

Buku sekolah anak pun sama terus jual je lepas habis sekolah. Kalau simpan pun bukan ada kegunaan. Anak-anak memang tak buat rujukan dah pun.

Settle asingkan semua ikut kategori plastik, kertas dan kotak lepas Zohor kami bersiap keluar. Terus ke kedai recycle kat Bandar Baru Kuala Lipis jalan nak hala ke Felda Kechau. 

Jual Barang Di Kedai Recycle

Suka tengok kedai tu dia susun elok-elok barang-barang lama macam basikal tua, barang-barang zaman dulu banyak kat kedai dia. Mungkin orang jual kat dia kot. Berharga juga barangan lama.

Hasil jualan dapat la RM17 kira ok la tu kan. Lepas dapat duit singgah 7E Cafe pulak habis jugak duit baru dapat. Hahaha.

Jual Barang Di Kedai Recycle


8 comments:

  1. Bestnya ada tempat recycle macam ni , so barang-barang yang dah tak guna boleh recycle boleh laa hantar ke sini ..

    ReplyDelete
  2. Akk tgh kumpul, mmg nak let go semua yg tak guna dah. Clear minda pun bila declutter ni

    ReplyDelete
  3. Skrg jual barang terpakai dah tak macam dulu. Barang baru makin mahal, barang terpakai makin murah, tapi, kalau dibuang terus, satu sen pun tak dapat, baiklah dijual, hihi.

    ReplyDelete
  4. Kak SA tgh kumpul..blom tgok stor PZ lagi...nanti nak Jual gak...

    ReplyDelete
  5. waahhhh lagi best ada tmpt recycle blh jual mcm ni! jadilah dpt rm 17.00 & habis shopping di 7E hehehe

    ReplyDelete
  6. Bagusnya buat projek kemas bilik anak-anak! Memang berbaloi sangat kalau dapat buang barang yang dah tak berguna dan jual yang boleh recycle. Bukan je dapat duit extra, tapi juga buat rumah lebih kemas dan teratur.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat jual barang tak berguna.. dapat gak duit

    ReplyDelete
  8. dulu2 zaman remaja dlu jual buku2 yg dah x berguna n x diguna.. tp sekarang dah jadi mak mak ni, sayang nak jual buku anak2... cuma yug buang n bg ke orang hanya baju2 dan semua yg tidak berkaitan dengan buku.

    ReplyDelete