Latihan Pengendali Makanan 2025 - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, January 29, 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

22 Januari 2025 yang lepas Cie adakan Latihan Pengendali Makanan 2025 untuk semua staf jabatan Cie. Memang setiap tahun Cie buat Latihan Pengendali Makanan di awal tahun supaya staf sentiasa ingat sepanjang tahun apa yang mereka patut amalkan semasa bekerja.

Latihan Pengendali Makanan 2025

Kalau ikutkan Kursus Pengendali Makanan tu sekali je seumur hidup kita perlu hadir. Bila dah dapat sijil tu secara automatik kita boleh pakai sampai bila-bila. Cuma untuk refresh tu takdela kan sebab kursus tu berbayar untuk Pengendali Makanan tak kira sama ada bekerja di kedai makan, bekerja di restoran hotel atau mana-mana yang berkaitan dengan Pengendali Makanan wajib kena ada sijil Kursus Pengendali Makanan tu.

Sebagai inisiatif Cie nak refresh memory staf Cie buat jela Latihan Pengendali Makanan setiap awal tahun. Setiap tahun silibus Cie berbeza sikit. Sebelum ni Cie buat sejam je. Baru-baru ni Cie buat 2jam. Tu pun terlajak juga masa sampai sakit tekak banyak sangat bercakap.

Cie mintak pegawai Unit IT set up projector sekali laptop. Senang nak on slide presentation. Slide pulak Cie guna Canva. Tahun sebelum ni buat dalam office je. Sempit la jugak untuk semua seramai 15 orang tu. Kali ni buat kat ruang dapur. Selesa la sikit.

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

Sebelum sesi penerangan dari Cie, semua staf kena jawab soalan Pre Test. Ada 6 soalan utama dan setiap soalan tu ada banyak jawapan mereka kena jawab. Akhir sesi pulak kena jawab soalan yang sama Post Test pulak untuk menguji kefahaman mereka sebelum dan selepas sesi latihan.

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

Cie juga buat aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan ada seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Staf Cie ada 15 orang. 10 orang perempuan dan 5 orang lelaki. Ngam la balance semua kumpulan ada lelaki dan perempuan. Mereka kena duduk dalam kumpulan juga. Kumpulan mana yang dapat jawab bila Cie soal akan dapat magnet. Magnet tu kena kumpul untuk dapatkan markah dan akhir sekali ada pembentangan kumpulan.

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

Kumpulan yang menang Cie bagi la juga hadiah dari Kedai Eco dan Personal Collection. Ada buku nota, 2 batang pen dan Cie bagi juga 1 sachet Revitalife Coffee Personal Collection. Kumpulan yang menang ni paling banyak dapat jawab soalan Cie. Masa pembentangan juga setiap kumpulan akan diberikan markah oleh kumpulan lain.

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025

Seronok la juga tengok semua staf partcipate. Semua dah takde segan-segan nak buat pembentangan kat depan. Cie selalu buat program yang mereka kena bercakap di depan kawan-kawan supaya mereka lebih confident dan takde rasa malu.

Cie dulu masa mula-mula kerja pun ada rasa malu bila kena bercakap kat depan. Rasa tak confident, rasa malu, rasa berdebar dan bermacam-maca rasa. Tapi lama kelamaan bila kita dah biasa bercakap kat depan kita dah improve a lot. Ok la kan dari terus-terusan malu dan tak confident.

Lepas tamat sesi Latihan Pengendali Makanan 2025 macam biasa sesi bergambar. Kalau Puan Rozi buat program memang tak lengkap kalau tak bergambar. Hihi

Latihan Pengendali Makanan 2025

Latihan Pengendali Makanan 2025




3 comments:

  1. wahhh congrats! terbaek laaa cie! anyway selamat beristirehat sempena cny ari ni :) MZ ni tgh pulun update slides sbb mlm ni ada online class (masters class)

    ReplyDelete
  2. Lama tak nampak geng2 tukang masak.. Hihihi.. Last dekat kolej jururawat melaka..

    ReplyDelete