Lunch Di You & Me Cafe - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, January 18, 2025

Lunch Di You & Me Cafe

Apabila weekend menjelma memang kemalasan nak memasak tu pun menjelma. Hihi. Kebetulan pulak waktu lunch tadi memang takde kat rumah. Lepas sarapan pagi tadi terus ke BS Freshmart beli barang dapur. 

Settle beli barang dapur terus ke kedai perabot mencari almari baju untuk anak-anak. Lepas tu singgah ke library kejap. Kononnya nak mengadap blog nak tukar theme baru. Sekalinya laptop kehabisan bateri. Plug kat library tu semua tak function. Tak sempat la nak tukar theme. Bateri habis terus dah. 

Ajak anak-anak balik jela husband datang pick up. Tadi dia hantar je ke library. Terus dia ajak Lunch Di You & Me Cafe. Takde idea dah nak makan mana area Lipis ni. Semua kedai dah berkali-kali makan. Punya banyak kali tak masak.

Lunch Di You & Me Cafe

Masuk je You & Me Cafe terus ke kaunter untuk buat pesanan. Banyak menu yang takde, ada menu start 12.30pm, ada menu start 3pm. Kami sampai tadi dalam 12pm. Order yang mana ada jela.

Lunch Di You & Me Cafe

Lunch Di You & Me Cafe

Lunch Di You & Me Cafe

Lunch Di You & Me Cafe

Lunch Di You & Me Cafe

Cie order mi bakso dan mocha ais, suami order mi kari dan lemon suam kosong, kakak Raisha order teh o ais, adik Rania order sparkling mangga, popcorn cheese dan wafle kongsi je makan 2 beradik tu. Kami order wafle nak perisa chocolate dan peanut butter. Yang dibagi peanut butter. Tak dengar agaknya kami sebut coklat. Air pulak lambat sampai dah mintak baru buat rupanya lupa nak buat.

Tu la kadang-kadang penjual ni banyak tak jaga service. Kalau ambil order sepatutnya kena baca order selepas customer order tu untuk mengesahkan order customer. Tak la berlaku kesilapan. Bila kita tak ulang ni mungkin boleh jadi kita salah dengar ataupun customer salah sebut.

Makan jela apa yang dihantar malas nak complaint. Sebelum ni berkali dah makan situ ok je. Tadi entahla kenapa berlaku kesilapan sedangkan tak ramai customer pun. Sebelum kami ada 2 meja je yang ada customer. Kalau full house tu kita faham la berlaku kesilapan.

10 comments:

  1. Tak suka juga nak kena repeat order. Nak² masa dia ambil order angguk² je, kdg tak tulis pun...

    ReplyDelete
  2. Mi Kari, favorite. Sedapnya, lama pulak tak makan.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Walaupun tersilap oder, kita yg tgk ni terliur pulak. Haha.

    ReplyDelete
  4. spoil jugak bila tersilap order ni. kedai bukannya ramai orang

    ReplyDelete
  5. hurmm mmg spoilt betul lah bila kita punya dah order tp last-last blm buat / tak buat.. kalau fullhouse faham je sibuk kan..

    ReplyDelete
  6. Bestnya sesekali lunch kat luar..mcm kak SA Weekend memang hai berkumpul, x de la nak makan kat luar..PZ perut sensitive sekarang ni

    ReplyDelete
  7. Terkadang memang yg menjadi malas nak balik ke suatu tempat Krn service dari tempat tersebut menurun. Menu banyak tak ada, order sering salah. Hal2 kecil tp buat segelintir orang bikin tak puas hati. Akhirnya mencari tempat lain.

    Kecuali rasanya betul2 sedap, saya biasa masih mau utk makan di tempat itu

    ReplyDelete
  8. Repeat order tu penting . Kadang² tersalah dengar. CCL pergi kedai makan mana² pun kadang ada yang repeat order kadang ada yg xrepeat ..tp yang xrepeat tu CCL minta diorang repeat .

    ReplyDelete