Majlis Penyerahan Slip PBD Dan Pengesahan Sekolah Menengah - Blog Roziah Muhammad Nor

Thursday, January 16, 2025

Majlis Penyerahan Slip PBD Dan Pengesahan Sekolah Menengah

Pagi tadi ada Majlis Penyerahan Slip PBD Dan Pengesahan Sekolah Menengah Kakak Raisha. Dalam surat jemputan 11.00am. Ibu datang 11.30am. Babah tak dapat datang kerja luar kawasan hari ni. Ibu la terpaksa datang jalan kaki je. Sekolah kakak sebelah je office ibu. Cuma nak berjalan tu malas. Hihi.

Majlis Penyerahan Slip PBD Dan Pengesahan Sekolah Menengah

Sampai je kat bangunan kelas kakak, ibu nampak kakak turun tangga dah sambut ibu. Kelas kakak tingkat atas. Ada 1 tingkat je takdela penat nak panjat tangga. SISP ni dalam sekolah menengah bangunannya. Sekolah tu pulak memang bangunan lama tahun 1913. Ada beberapa bangunan saja blok baru, lain semua bangunan zaman british.

Masuk je kelas kakak ada 3 orang sebelum ibu. Jadinya takdela lama menunggu. Tak lama pun just ambil fail peribadi murid dia 3 tahun sekolah situ, ambil result PBD Tahun 6. Lepas tu terus ambil duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150. Lepas dah siap tu salam-salam la dengan cikgu kelas kakak dah last sekolah situ.

Cikgu ada serahkan surat tawaran sekolah menengah situ. Kelebihan bagi budak-budak SISP mereka terus ditawarkan masuk sekolah situ. Tak macam orang lain yang kena mohon dulu kalau nak masuk sekolah situ. Kira macam benefit la bagi anak-anak SISP terus diserap masuk ke situ bagi yang tak dapat tawaran MRSM atau SBP.

Surat tu terus bawak ke pejabat sekolah menengah untuk pengesahan tempat. Ada 2 aliran iaitu Kelas Aliran Agama (KAA) atau Kelas Rancangan Khas (KRK). So untuk KAA tu nanti ada ujian kalau lulus baru la masuk kelas aliran tu. Katanya 17 Februari 2025 nanti kena bawa la salinan kad pengenalan dan lain-lain dokumen. Tadi tu pentadbiran sekolah just ambil salinan surat tawaran je untuk pengesahan tempat.

Majlis Penyerahan Slip PBD Dan Pengesahan Sekolah Menengah

Dah settle tadi kakak Raisha dah boleh terus balik ikut ibu masuk office semula. 1pm ibu baru boleh balik terus singgah sekolah adik ambil adik Rania pulak.

7 comments:

  1. Tamat sudah sekolah rendah KR ye... Semoga terus cemerlang di sekolah menengah nanti 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. Selamat melangkah ke sek menengah, kakak. Belajar bersungguh2 ya, semoga kakak jadi kebanggaan keluarga dan negara suatu masa nanti, Amiiinnn YRA>

    ReplyDelete
  3. wahh mujurlah sekolah kakak dkt je dgn ofis ibu. senang keje ibu nak pegi jln kaki je hehehe

    ReplyDelete
  4. bermulalah fasa masuk ke fasa remaja pulak lepasni. semoga kakak raisha boleh sesuaikan diri :D

    ReplyDelete
  5. Selamat melangkah ke sekolah Meenangah kakak..lepas ni memasuki alam remaja...

    ReplyDelete
  6. Menariknya SISP ni, sekolah rendah yang diwujudkan di sekolah menengah.
    All the best kakak Raisha ke sekolah menengah pula.

    ReplyDelete