Hari ni off kitchen lagi untuk dinner. Bukan malas masak ye. Hahaha. Husband takde ke KL so tinggal kami bertiga je. Nak masak untuk Cie dan anak-anak rasa macam tak berbaloi nanti takut tak habis pulak makanan. Dah babahnya tinggal duit kita gunakan jela.

Lagipun nanti Cie penat lepas masak kena kemas dan cuci semua. Biasanya Cie masak dan husband akan cuci segala periuk belanga kuali bagai. Tu yang fikir beli jela senang.

Mulanya tanya anak-anak nak makan apa. Kakak Raisha request tapau kat Kedai Makan Leeza Emery. Sampai je kat kedai tutup la pulak.

So pergi la ke kedai yang biasa kami tapau, Kedai Selera Kelate. Pun tutup jugak. Ish dah kenapa semua tutup hari Khamis ni. 

Cie pun terus drive ke bandar lama. Banyak kedai tutup. Nampak la ada kedai buka. Kami pun singgah. Tengok ada la 4-5 meja ada pelanggan. Cie dan anak-anak pun duduk. Tengok meja tepi tu ada 2 meja belum ada makanan. 1 meja tu ada air je.

Meja dalam kedai ada yang tengah makan. Ada yang tengah tunggu order bungkus. Tunggu punya tunggu dalam 5 minit takde orang ambik order. Yang ambik order tu juga yang buat air. Masa Cie duduk kat meja tu pelayan tu tengah hantar air dan makanan bungkus meja lain. Dia masuk kedai sambung bancuh air lagi. 

Dalam 5 minit macam takde tanda dia akan ambik order. Cie fikir mesti lama ni kang. Ada 2 meja lagi belum dapat makanan. Cie pun ajak anak-anak cari kedai lain. Geram juga kita duk melangut takde orang nak ambik order. Apa la salahnya masa dia hantar order orang tu bungkus tu terus je ambik order kami. 

Malas nak menunggu dah kami terus cau je. Cakap kat anak-anak kita tapau ramen FamilyMart jela tak payah tunggu orang datang kat meja kita terus pergi kaunter order je lagi senang. Kedai tu taknak rezeki la. Kita bagi rezeki kat FamilyMart je.

Maka menu dinner FamilyMart jela kami malam ni. Bila dah masuk FamilyMart ni memang makan modal la. Nampak semua nak. Hahaha. 

Menu Dinner FamilyMart

Raspberry ni memang tersangat sedap

Terpaksa kena keluar modal sendiri jela babahnya tinggal duit RM20 je. Hahahah. RM20 kalau beli nasi goreng kampung dan mi goreng basah cukup je tapi tu la kedai tutup la, kedai taknak ambik order la. Terpaksa la keluar modal sikit asalkan dapat makanan.

Total semua tadi RM41.80. Tu la rasa sikit je beli rupanya terlebih bajet. Hahahah. Ramen tu tak habis juga makan. Anak-anak simpan dalam fridge esok boleh panaskan je.