Pagi tadi ada Fun Walk kat sekolah kakak. Habis majlis tadi dah hampir pukul 12. Terus jela mencari makanan tengahari. Husband ajak makan di Restoran Gulai Kampung Kuala Lipis.

Lama sangat dah tak makan kat Restoran Gulai Kampung Kuala Lipis ni. Kadang-kadang husband bungkus je lunch untuk hari Jumaat.
Restoran Gulai Kampung Kuala Lipis ni memang terkenal dengan pelbagai jenis menu memang meriah dan semua masakan sedap belaka. Memenuhi selera kita. Ada banyak pilihan makanan so senang la 1 family nak datang makan.
Lauk ayam berjenis-jenis masakan, lauk ikan pun ada. Sayur-sayur pun meriah macam-macam ada. Ulaman dan sambal pun ada. Memang rambang mata la nak pilih rasa nak ambil semua.
Makanan boleh ambil sendiri. Dah siap ambil makanan bawa ke kaunter, order air dan terus bayar. Nanti cashier bagi nombor meja. Akan ada pekerja kedai hantar air ke meja. Tempat makan pun selesa ada aircond. Air kosong percuma juga disediakan.
 |
Kakak Raisha ambil ayam dan kerepek kentang |
 |
Husband ambil ikan keli sambal, taugeh, papadom |
 |
Cie ambil ikan keli sambal, kerabu mangga, kerepek kentang |
 |
Adik Rania ambil ayam dan kerepek kentang |
Total makanan kami tadi RM47. Order air laici ais, teh o ais, kopi o ais dan nescafe o ais.
Cie suka kerabu pucuk paku kat Restoran Gulai Kampung Kuala Lipis ni pun sedap. Tapi tak ambil tadi.
semua nampak sedap tu :) alhamdulillah :)
BalasPadamLauk pauk kg semuanya sedap², mmg rambang mata kalau nampak ulam semua tu...
BalasPadamBagus la kedai ada aircond, selesa 👍🏻
wahhh mmg suka sgt lauk-lauk masakan kampung cmni terutama kerabu mesti tak lepas peluang hehe
BalasPadamSedapnya!
BalasPadamBanyak pilihan lauknya.
sedapnye gulai ayam kampung....
BalasPadamBanyak tu lauk pilihannya.
BalasPadamAkk pun kalau ada kerabu mesti nak ambil sebab kat rumah jarang nak buat sendiri.
banyak nyer lauk dan pilihan ;)
BalasPadamAduhhh...sedpanya tauge...fav kak SA tu...sesuai la tu gandingkan dengan sambal ikan keli...mantap ..
BalasPadamMenu begini lah yg saya suka tiap ke Malaysia 😄😍. Banyak varian menu , memang bingung nak pilih yg mana 🤭.
BalasPadam