Sejuk Tekak Minum ABC
Lamanya tak minum ABC. Sejuk tekak dapat minum ABC di petang hari. Kebetulan hari ni tak makan lunch. Pagi tadi breakfast dah lewat. Tu yang skip lunch.
Pukul 2 lebih tadi ajak husband pergi minum ABC kat Jalan Cheneras. Sebelah je dengan Sekolah Kebangsaan Clifford tu. Kat situ ada pelbagai jenis makanan selain dari ABC ada juga Ais Jagung, Cendol, makanan pulak ada mi kari, mi sup, nasi pun ada, kuih muih pun ada.
Gerai sebelah tu pulak ada jual pisang cheese, ayam goreng, teh. Adik Rania dan kakak Raisha beli pisang cheese dah teh kat gerai sebelah tu.
Ibu order ABC, babah order ais jagung, cucur udang dan pisang goreng. Babah tak minum habis pun ais jagung tu kuat sangat rasa perisa jagung tu. ABC sedap cuma banyak sangat biji-biji besar tu.
Kalau dulu-dulu ABC cuma ada jagung, cincau dan kacang je. Tu pun dah sedap. Cie selalu order taknak kacang sebab tak makan kacang tu. Kat kampung ABC sedap sangat. Sekarang je dah pelbagai bahan orang letak jadi dah hilang keaslian ABC.
Dah sejuk tekak minum ABC maka nya balik ke rumah la kita. Beristirehat kat rumah je. Takde ke mana weekend. Pagi tadi je keluar beli barang dapur. Lepas solat Zohor tadi buat sambal hitam. Settle je buat sambal hitam terus ajak husband sejukkan tekak minum ABC.
Wah sedapnya ABC! Cuya suka kalau ada kacang merah yang besar tu...tu favouritee
BalasPadamPaling tak suka kacang. Entahla kenapa memang letak tepi je.
PadamSana panas ye Cie?
BalasPadamGombak ni mendung & hujan 2-3 hari ni...
Akk pun suka ABC yg dulu², ringkas tapi sedap je
Sini sejak Jumaat hujan & mendung. Hari ni tak hujan dah tapi mendung. Saja nak sejukkan tekak di musim sejuk 😁
Padamkalau order ABC, suka cari kacang dia
BalasPadamsedapnya abc & ais jagung tu
BalasPadamlagi 1 kalau jmp jelly warna warni dalam abc paling saya tak suka
BalasPadamAlahai..Dah lama x makan pisang goreng cheese tu..Biasa kami order goreng pisang cheese coklat...=q
BalasPadamABC memang kawan yang baik waktu panas panas nie ;)
BalasPadamdlm byk2 tu, MZ terliur cucur udg! yummeh!
BalasPadamKak SA kalau minum ABC, esoknya pasti sakit tekak...kalah betul sekarang...cucur udang tu...aduhai..sedapnyaaa
BalasPadamEh saya lupa ABC nya kepanjangan dari apa ya kak? Kalo tak salah ada arti kan? Saya tahu minuman ini zaman kuliah , teman2 ajak minum ABC.. awalnya tak paham, tp pas coba di Komtar, langsung suka 😍😄. Cuma memang saya pun perasan ABC dulu rasanya sedaaap Krn tak banyak bahan.
BalasPadamTHN lalu saya ke Penang lagi, segala macam benda mereka masukkan 🤣. Jadi susah nak makan juga. Rindu pula dengan ABC yg dulu saya pernah makan saat kuliah