20 Januari 2025 telah berlangsung Taklimat Spesifikasi Tender Bekalan Bahan Mentah, Basah dan Kering Hospital Kuala Lipis dan lawatan tapak. Cie sebagai Setiausaha Jawatankuasa Spesifikasi menyampaikan taklimat tersebut.

Taklimat Dan Lawatan Tapak Tender

Sebelum hari kejadian tu memang berdebar betul. Memang orang introvert kalau kena berdepan dengan orang memang menjadi kerisauan betul. Bila dah pegang microfon ok jela takde berdebar sangat.

Taklimat Dan Lawatan Tapak Tender

Ramai juga la pembekal hadir taklimat seramai 30 syarikat. Taklimat permulaan diberikan oleh wakil urusetia Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Selepas tu baru la Cie meneruskan taklimat spesifikasi.

Taklimat Dan Lawatan Tapak Tender

Taklimat Dan Lawatan Tapak Tender

Taklimat Dan Lawatan Tapak Tender

Kontrak bahan mentah yang berkuatkuasa sekarang akan tamat pada 30 Jun 2025, bermakna kontrak baru akan bermula pada 1 Julai 2025. Nanti kita tengok la syarikat mana yang ditawarkan. Pemilihan dibuat di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Taklimat tamat pada pukul 12.30 pm. Semua wakil syarikat takde soalan pun nak tanya. Agaknya faham la apa yang Cie terangkan tu. Lega bila dah selesai taklimat.

Minggu ni memang busy dengan macam-macam program. Sebelum nak bercuti panjang waktu raya cina nanti.