SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH KHUSUS 2025
Semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus 2025 murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM boleh mulai disemak pada 31 Januari 2025.
Pautan semakan sekolah khusus Tingkatan 1: Semakan Tawaran Kemasukan SBP Tingkatan 1
Pautan semakan Tingkatan 4/ Tahun 1 SVM: Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 4
Seawal pagi tadi Cie mula menyemak untuk tawaran kemasukan SBP Tingkatan 1 untuk kakak Raisha setelah tawaran kemasukan ke MRSM tidak berjaya. Tidak mengharap mendapat tawaran tapi kalau dapat Alhamdulillah rezeki kakak Raisha.
Tanpa rasa debaran Cie mula masukkan no kad pengenalan Kakak Raisha dan kad pengenalan Cie. Lepas klik semak keluar TAHNIAH. ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
Selepas tu kena masukkan lagi sekali kad pengenalan kakak Raisha untuk tahu penempatan tawaran kemasukan ke SBP mana. Alhamdulillah kakak Raisha dapat tawaran kemasukan ke SBP Integrasi. Mujur la ibu pilih hari tu dalam Pahang je so penempatan dalam Pahang jela.
Tapinya taktau la kakak Raisha setuju menerima tawaran ke tak. Kawan-kawan dia semua dapat sekolah lain. Takde pun yang dapat sama dengan dia. Kakak Raisha macam berbelah bagi.
Ibu dan babah nasihatkan je dan bagitau kakak Raisha apa kelebihan sekolah SBP dan sekolah biasa. Makcik pakcik dan sepupu kakak Raisha semua galakkan kakak Raisha untuk terima tawaran. Bukan semua orang ditawarkan. Kira rezeki kakak Raisha terpilih untuk masuk SBP.
Tapi ibu tak paksa pun. Ibu doakan je jikalau SBP tersebut adalah sekolah yang terbaik Allah tetapkan untuk kakak Raisha belajar ibu minta Allah bukakan pintu hati kakak Raisha untuk menerima tawaran tersebut, jika sebaliknya tutupkan pintu hati kakak Raisha untuk menerima tawaran itu.
Ibu taknak paksa takut nanti kakak Raisha pergi sana dalam keadaan terpaksa dan tak happy nak belajar jadi stress pulak. Semoga yang terbaik jela untuk anak-anak ibu.
Kalau taknak terima pun ok je sebab kakak Raisha dah dapat tempat kat sekolah sini je. Sekolah tu pun ok ada aliran khas atau aliran agama. Mana-mana jela kan. Ibu pun risau nak lepaskan kakak Raisha duduk asrama. Nak biarkan berdikari masa umur baru 13 tahun. Typicall mak mak kan. Padahal orang lain elok je.
Semoga dipermudahkan segala urusan... Aamin2...
ReplyDeleteAda pro n cons masuk asrama awal.. Semuanya bergantung pada diri sendiri, semoga kakak raisha dapat memilih dengan tenang. Aamin2
Alhamdulillah tahniah Kakak !
ReplyDeleteAnak buah PH x dapat yg SBP ni, tapi syukur dapat yg MRSM hari tu.
Moga diberi taufik dan ketetapan hati utk Kakak Raisha buat pilihan ye
makcik Lady pun galakkan kakak terima SBP tu ... xpe nanti ramai lagi kawan baru yang kakak InsyaAllah dapat.. nanti semakin ramai lah kawan2 kakak..
ReplyDeleteTahniah! Kalau memang minat nak masuk asrama silakan....belajar rajin2 ya.
ReplyDeletecongrats kakak! yg penting kena happy2 belajar kat mana2 pun, tak leh stress2
ReplyDeletetahniah kakak! inshaAllah moga dipermudahkan semua urusan kakak..
ReplyDeletetahniah. smg dipermudahkn urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah Kakak Raisha.
ReplyDeleteSBPI dalam Pahang juga ya.
Semoga Kakak Raisha buat pilihan yang terbaik.