Hannan Medispa Kuala Lipis - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, February 8, 2025

Hannan Medispa Kuala Lipis

Bulan lepas Cie ternampak ads promosi facial treatment di Hannan Medispa Kuala Lipis sempena soft opening cawangan mereka di Kuala Lipis. Cie terus booking slot. Set la date hari ni 8 Februari 2025 jam 11 pagi.

Hannan Medispa Kuala Lipis

Opening Hannan Medispa Kuala Lipis ni pada 7 Februari 2025. Baru je lagi dibuka. So lepas ni senang la Cie nak buat face treatment. Facial banyak kali juga dah cuma treatment tak pernah buat. 

Hannan Medispa Kuala Lipis

Hannan Medispa Kuala Lipis

Skin analysis pun pernah sekali je dulu buat masa ada program apa entah Shaklee buat. Rasanya ada simpan lagi result tu. Lepas dah tau masalah kulit tapi takde buat treatment. Sejenis tak menjaga kulit muka dan ambil mudah penjagaan kulit muka.

Dah tua-tua ni baru la rasa nak buat face treatment. Nak nampak muda la kesahnya. Ahahah. Tadi dah buat skin analysis free je termasuk dalam pakej promo hari ni. So tau la masalah kulit ada parut jerawat, ada jeragat, masalah pori, kulit kering, ada kawasan berminyak.

Spa assistant tu ada juga promote promo mereka. Ada facial treatment dan dapat sekali skincare. Harga almost rm13++ juga. Dapat 6 kali treatment dan sekali skincare brand Hannan Medispa. Boleh buat ansuran kredit kad 6 bulan atau guna atome 3 bulan. Cie tak ambil la yang tu.

Mula-mula masuk tadi kena tunggu dan duduk dulu. Ada ramai dah slot sebelum Cie. Hannan Medispa Kuala Lipis juga sediakan pelbagai makanan dan minuman untuk hari ni. Maybe sempena soft launching agaknya. Cie tak makan pun tadi sebab baru juga lepas sarapan roti cheese.

Hannan Medispa Kuala Lipis

Spa assistant akan isikan form details kita. Lepas tu dia akan tanya ada pakai skincare apa. So dia akan catat dalam form tu la. 

Lepas tu baru la spa assistant lain pulak akan bawa kita masuk ke bilik untuk buat face skin analysis. Kena remove any make up yang kita pakai. Kena bare face. Masa ni ka kita akan tau apa masalah kulit kita. Mereka akan promote beberapa pakej terpulang la nak ambil ke tak ikut budget kita la.

Hannan Medispa Kuala Lipis

Macam Cie takde budget pun so ambil jela ikut apa yang kita rasa mampu nak keluar budget. Cie teruskan dengan pakej promo yang mereka tawarkan tu RM49 ada face cleansing, double cleansing, face steaming, hydrogen dermabrasion, skin scubber dan sunscreen. Cie tambah face mask RM30.

Hannan Medispa Kuala Lipis

Masuk bilik treatment pulak. Akan ada spa assistant akan buat treatment kat kita. Mulanya tadi senyap je lepas tu adik tu ajak borak baru la Cie bercakap. Borak-borak biasa je takdela kita tertidur waktu treatment kan. Setiap step yang dibuat tu dia akan inform. 

Hannan Medispa Kuala Lipis

Hannan Medispa Kuala Lipis

Hannan Medispa Kuala Lipis

Face cleansing tu dia cuci la muka kita. Sedap rasa bersih je bila orang cucikan muka kita. Lepas tu double cleansing pulak. Syok muka diurut-urut waktu cleansing tu.

Seterusnya face steaming pulak. Steam muka ni dalam 5 minit je. Berasap je kat muka. Lepas tu baru la step sedut whitehead blackhead menggunakan kaedah hydrogen dermabrasion dan skin scubber.

Selepas sedut segala whitehead dan blackhead tu sebab Cie tambah face mask so dia terus tepek mask selama 10 minit. Yang mask ni best sejuk dan rasa segar je muka. Baunya wangi je.

Akhir sekali baru la dia sapu kan sunscreen. Dah siap facial kita. Yang basic jela ni. Selepas dah bayar Cie minta la pamplet takde pulak. So spa assistant tu terangkan la pakej yang sesuai dengan masalah Cie dan buat face skin analysis lagi sekali guna machine lain pulak. Yang tu details sikit ada % masalah kulit. Macam tadi hasil analysis kulit Cie jenis dry. So mereka suggest buat treatment diamond silk peel therapy.

Hannan Medispa Kuala Lipis

Nanti la kumpul duit apa yang patut dulu kita try la buat. Paling risau jeragat la kalau dah mula naik susah nak hilang. Jerawat kira ok lagi la boleh juga hilangkan.

Sejam lebih juga la kat situ tadi. Lepas dah buat facial rasa fresh dan ringan je muka. Next nanti boleh la try buat treatment seperti yang dicadangkan. Skincare tu nanti la kita tengok macam mana. Cie pun baru je tukar skincare Personal Collection.


10 comments:

  1. Kiranya Cie antara yg terawal la jejak kaki ke sini ye... Murah harga promo tu, mmg berbaloi kan

    ReplyDelete
  2. murahnya harga promo, berbaloi ni.
    rajinnya kak cie memanjakan diri. saya jarang nk buat benda2 camni, tapi teringinnn

    ReplyDelete
  3. Seronoknya.... lama Cuya tak facial, inshAllah ada rezekii akan datang boleh
    la manjakan diri lagii

    ReplyDelete
  4. Bestnya buat rawatan muka. Saya dah bertahun tak buat. Berpatutan juga harganya, ye.

    ReplyDelete
  5. memang relaxs kan Cie kalau dapat me time di spa gini :)

    ReplyDelete
  6. memang best kalau dpt buat facial treatment ni! cuma kena make sure bhn2 tu serasi dgn muka, sbb kalau kulit muka sensitif, boleh effect jugak if tak serasi dgn certain products (adik i ada bad experience)

    ReplyDelete
  7. Sesekali nak memanjakan diri jugak kan Cie.

    ReplyDelete
  8. Hannan Medispa ni mana- mana pun ada kan..akak x pernah cuba lagi...

    ReplyDelete
  9. Klinik kecantikan seperti ini sekarang banyaaaak 😍. Tinggal pandai2 pilih mana yg sesuai dengan kulit dan budget kita.

    Saya sendiri belum pernah coba, terkadang kuatir jadi addict hahahahaha. Krn paham ini tak murah 😄. Tapi teringin juga sesekali coba treatment yg basic dulu. Ntah2 bagus hasilnya ☺️

    ReplyDelete