Sedar tak sedar dah nak buka sekolah dah tak lama lagi. Jadinya minggu ni ajak la husband cari peralatan sekolah yang belum ada. Cie biasanya beli pakaian sekolah di Pasaraya Hari-Hari dan cawangan terdekat di Raub. 

Lunch Di Old Town White Coffee Raub

Lunch Di Old Town White Coffee Raub

So semalam kami pergi ke Raub selepas solat Zohor nak mencari apa yang patut. Sebelum shopping peralatan sekolah kita singgah lunch di Old Town White Coffee Raub. Lama betul tak makan kat situ.

Mulanya Cie nak cari kedai western. Tiba-tiba teringat dah alang-alang ke Raub terus pergi makan lunch di Old Town White Coffee jela. Anak-anak pun memang suka makan kat situ. Tak payah pening-pening fikir nak makan mana. 

Bila suggest nak lunch di Old Town White Coffee, anak-anak terus setuju. Isi perut dulu la sebelum mencari peralatan sekolah.

Lunch Di Old Town White Coffee Raub
Air the girls

Lunch Di Old Town White Coffee Raub
Latte husband

Kakak dan adik memang suka order yang ni

Husband punya makanan

Cie punya order



Lupa dah apa nama makanan kami order ni. Untuk kakak dan adik tu dapat air sekali. Pilihan air tak best sangat. Ambil black tea anak-anak tak suka tak habis pun mintak mereka bungkus je. Cie biasa la kalau datang Old Town White Coffee mesti order hazelnut latte memang sedap betul. Husband order hot latte.

Lepas dah kenyang makan terus kami bergerak ke Pasaraya Hari-Hari untuk beli kelengkapan sekolah.