Beli Kelengkapan Sekolah Anak - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, February 11, 2025

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Sabtu minggu lepas kami ke Raub untuk beli kelengkapan sekolah anak. Tak lama nak buka sekolah dah maka nya beli la apa yang patut. Memandangkan kakak Raisha taknak jugak masuk SBPI tu maka nya kita beli keperluan sekolah biasa jela. Kakak Raisha memang dah ada tempat di sekolah seliaan negeri. So tak risau la nak fikir sekolah mana.

Baju uniform adik Rania pun kena beli baru dah makin ketat. Semakin membesar budak tu. Takpela beli dia masih 2 tahun sekolah rendah. Tahun 2027 nanti baru masuk sekolah menengah. 

Cie suka beli barangan keperluan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-hari. Yang paling terdekat dengan Lipis cawangan di Raub. Cawangan Temerloh ada juga cuma takde baju sekolah. Kualiti pakaian sekolah kat situ elok cuma tu la ada masa takde size la, stok takdela. Dulu-dulu selalu beli di cawangan KL. 

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Ada yang beli baru, ada yang boleh je pakai yang lama selagi boleh. Berjimat cermat jela. Anak-anak pun makin membesar kalau beli banyak-banyak nanti cepat je tak muat dah.

Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Raub

Mula sekali terjah kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Ramai juga orang beli kelengkapan sekolah anak kat situ. Tak dapat semua yang dicari. Cuma dapat beli Track suit adik RM16.90, Track suit kakak RM19.90, Beg sekolah RM29.90 satu sorang jenis sama warna je lain, set baju sekolah menengah RM51.90. Total semua sekali RM148.50. 

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Tudung kakak Raisha takde kat Pusat Pakaian Hari-hari tu. Dah masuk sekolah menengah kena pakai tudung 2 lapis. Zaman ibu dulu tudung buat sendiri je. Beli kain lepas tu buat tudung. Layur lilin kat tepi tudung. Lepas tu tengah jahit sembat. 

Pasaraya Ten Ten Raub

Dah alang-alang nak beli keperluan sekolah anak terus jela cari sampai jumpa semua. Kat Lipis ada je Pasaraya Ten Ten ni cuma dah alang-alang kat Raub tu terus jela cari semua kelengkapan. 

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Kat Pasaraya Ten Ten ni semua ada lengkap. Luas juga selesa nak mencari kelengkapan. Kain maroon adik Ranian RM32.99, Kemeja pink adik Rania RM33.99, Tudung putih kakak Raisha 2 lapis RM20.99 tolak diskaun RM5.99, Tudung hitam kakak Raisha 2 lapis RM20.99, Kasut sekolah adik Rania RM49.99. Total RM152.95.

Adik Rania jadi pengawas PSS uniform pink dan maroon. Vest dah tudung masih ngam. Baju dan kain je dah ketat. Kakak Raisha pulak pakai kasut lama je masih elok. 

Tak beli semua kelengkapan pun dah lebih RM300. Beli sepasang je dulu. Nanti beli banyak-banyak tak pakai pulak, hari-hari baju PJ. Boleh je basuh setiap hari dan iron. Anak dah besar dah pandai guna steam iron sendiri.

Selesai beli kelengkapan sekolah anak-anak. Tinggal nak daftar sekolah dan bayar yuran je dah. Cepatnya masa berlalu. Dah besar kakak Raisha dah masuk sekolah menengah. Rasa baru je lagi kena toreh perut.

Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Walaupun kat mana-mana je kakak Raisha sekolah, ibu sentiasa doakan kejayaan kakak Raisha. Kecewa tu ada la juga sebab kakak Raisha taknak sekolah di SBPI tu tapi nak buat macam mana ada la hikmah tersembunyi yang kita taktau. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Sekolah mana-mana pun ok je asalkan kena sentiasa rajin belajar.




15 comments:

  1. Alhamdulillah dah selesai semuanya..Sy pun dah dapat selesaikn semalam..Esok je Qaisara kena beli buku modul dekat sekolah..=)

    ReplyDelete
  2. Kat hari² ni semua kita nak ada kan, saiz pun senang dapat. Murah pun iya jugak. Selamat kembali ke sekolah, anak² Cie.

    ReplyDelete
  3. Memang x dinafikan harga pakaian sekolah sekarang sedikit keras dan keras banyak la..kesian bila adik2 akak mengomel pasal harga, nak- nak yang anak ramai...

    ReplyDelete
  4. Teringat baju Dania dulu beli saiz besar lepas tu tahan lama. Ya betul bebudak ni cepat membesar. Kalau kain baju sekolah suka yang cotton sebab cuaca kat malaysia ni panas betul la. Cotton ni boleh serap peluh dan senang nak menggosok.

    ReplyDelete
  5. Tahun ni tak beli apa pun untuk kelengkapan anak sebab semuanya ok lagi. Cuma beli beg sahaja sebab beg dah rosak. Tak berani nak beli beg sekolah sebab biasanya qualiti teruk, belikan beg sukan outdoor. Harap bertahanlah.

    ReplyDelete
  6. Kami di Kerteh dulu, Ten Ten & PP Hari2 ni lah tempat shopping baju sekolah dll untuk anak2

    ReplyDelete
  7. Kalau SRAI kain maroon baju pink utk pengawas sekolah. Nampak harga di sana mahal sikit dari Pasaraya Canggih di Prima ni. Kain maroon RM27.90 Akk beli. Itu pun rasa mahal dah huhu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..selesai dah semua kelengkapan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, selesai smeuanya...

    ReplyDelete
  10. Ritu nak cari baju cotton putih Wafi kat PPHH takde size plak. Nak kena cari branch lain.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillahhhhh dah selesai semua beli kelengkapan sekolah ye.. takpe kakak Raisha skolah kat mana pon ok asalkan rajin belajar inshaAllah bangga ibu ayah hehehe

    ReplyDelete
  12. sy cuma jahit baju kurung anak 2 helai. dia masuk darjah 4. sukar jumpa saiz yg padan dgn body dia jika beli di kedai. jd sy antar kain kat tailor utk dijahit. dia sorang je yg sek lg..

    ReplyDelete
  13. Banyak juga belanja anak2... Moga dimurahkan rezeki akak sekeluarga. Aamin

    ReplyDelete
  14. Betul kak. Yg terpenting kemauan anak utk belajar. Tak masalah di manapun sekolahnya.

    Kalo baju seragam sekolah ada dijual dan sesuai dengan size anak, memang sudahlah. Gampang nak beli.

    Tapi badan anak saya pula kecil sangat, kadang susah nak cari size sesuai 😄. JD selalunya tiap tahun jahit semuanya, dari kemeja sampai rok dan celana. Supaya betul2 pas di tubuh 😅

    ReplyDelete
  15. all the best utk anak2 kita semua..aamiin

    ReplyDelete