Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, February 14, 2025

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Ahad minggu lepas 9 Februari 2025 berlangsung Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis (KENTAL) 2025 di Dataran Orang Kaya Haji. Acara penutup dah sebenarnya. Sebelum ni dah ada beberapa siri karnival ni. Ada pertandingan memancing, bowling, e-sport, indoor games dan outdoor games pada hari penutup.

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Ada 4 buah rumah sukan bertanding iaitu rumah Merah (Red Dragon), Biru (Blue Shark), Kuning (Harimau) dan Hijau (Hulk). Jabatan Cie rumah sukan Merah. Cie takde masuk acara sukan pun cuma masuk pertandingan menghias throne je.

Banyak acara suka dipertandingkan untuk kumpul jumlah mata rumah sukan. Memang meriah staf hospital bersukan. Bersukan pun perkhidmatan kesihatan tetap berjalan seperti biasa. Bukan la semua staf terlibat pun. Seronok juga buat acara sebegini dapat merapatkan ukhwah dikalangan staf hospital serta untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja dengan aktiviti sukan dan kecergasan.

Rezeki rumah sukan Merah kami terpilih sebagai pemenang bagi pertandingan menghias throne. Rasanya rumah sukan Merah je mematuhi tema rumah sukan kami Red Dragon. All out kami menghias throne beberapa minggu sebelum acara penutup. Tak sangka juga la kami diumumkan sebagai pemenang. Ingatkan rumah sukan lain gempak semuanya.

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis (KENTAL) mula dijalankan pada tahun 2024. Cie tak join langsung tahun lepas. Hari penutup sukan pun Cie tak datang. Bab-bab sukan ni memang bukan minat Cie la. Setakat fun walk tu boleh la. Nak masuk acara memang tak. Untuk tahun ni sebab masuk pertandingan menghias throne tu Cie datang juga la hari penutup tu nak tengok suasana. Memang meriah betul.

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Sakit jugak la tekak menjerit bagi sokongan kat rumah sukan. Staf jabatan Cie pun ada beberapa orang masuk acara jadinya Cie bagi sokongan kat mereka jela. Rumah Red Dragon menang tempat kedua keseluruhan acara. Beza 7 markah je dari pemenang tempat pertama rumah biru. Takdela kalah teruk sangat kan. Pemenang tempat ketiga rumah hijau dan keempat rumah kuning.

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Habis je acara suka mula mengemas semula throne kami. Memang penat mengalahkan orang yang masuk acara sukan. Balik rumah melepek kepenatan. 2 beradik tu pun ikut ibu jugak. Dari pagi sampai pukul 2 baru selesai semua acara sekali penyampaian hadiah.

Hadiah menghias throne kami dapat hamper dan duit RM100. Tak sangka juga dapat duit sekali sebagai hadiah. Ingatkan hamper je. Masa penyampaian hadiah tu ada sekali sampul duit. Rezeki team kami. Penat juga perah idea semua nak menghasilkan throne yang betul-betul mematuhi tema. Kira berbaloi la segala usaha team kami.

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis

Sepanjang tempoh nak siapkan throne tu memang kelakar juga macam-macam idea bersama yang keluar. Semua perempuan je yang hasilkan throne tu takde team lelaki join kami. Beberapa minggu juga nak siapkan bila ada masa sikit je kami berkumpul untuk buat. Penat lelah berbaloi. Alhamdulillah.

Karnival Kecergasan dan Sukan Hospital Kuala Lipis


7 comments:

  1. Cantik throne tu! Kreatif2 ya semuannya...

    ReplyDelete
  2. cantik2 semuanya.. tp yg paling cntik yg merah tu... lady suka...

    ReplyDelete
  3. waahhhh kreatifnyaaaaa throne masing-masing! tahniah Cie & team!

    ReplyDelete
  4. Throne team merah mmg menyerlah, patut menang 👏🏻

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada aktiviti macam ni. Tahniah, menang hadiah menghias throne.

    ReplyDelete
  6. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    ReplyDelete