17 Februari Hari Pertama Persekolahan 2025. Anak-anak kembali ke sekolah setelah sebulan cuti sekolah. Sekejap je masa. Sedar tak sedar habis dah cuti sekolah anak-anak.
Hari pertama persekolahan takdela menghadap drama anak-anak sebab dah besar. Adik Rania darjah 5 masih menjadi pengawas PSS. Sekolah seperti biasa jela tadi 7 pagi babahnya hantar.
Ibu cuti lagi hari ni nak uruskan urusan pendaftaran sekolah kakak dah tingkatan 1. Sekolah di sini saja lah. Sekolah yang ada aliran KAA (Kelas Aliran Agama) dan KRK (Kelas Aliran Khas). Laluannya lebih mudah sebab dia dari SISP tak sama macam dari sekolah biasa. Ada keistimewaan la juga.
Tadi pengetua bagi taklimat berkenaan dengan DLP (Dual Language Programme). Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik. Nanti akan ada ujian la anak-anak kena seat untuk tentukan kelas. Ramai juga tingkatan 1 sekolah kakak Raisha ada 6 kelas. 2 kelas KAA dan 4 kelas KRK.
Lepas tu untuk tingkatan 1 nanti mereka buat mobile class. Pelajar takde kelas tetap. Guru-guru yang akan tunggu dalam kelas. So pelajar akan bergerak ke kelas guru-guru. Macam style IPT la takde kelas yang khas untuk pelajar. Kena masuk kelas ikut mata pelajaran tu.
Buku teks pun katanya takde. Anak-anak akan dibekalkan dengan modul je. Ok la gini kan takdela berat beg anak-anak dengan buku teks bagai.
Selesai taklimat tadi dalam pukul 10 lebih baru la sesi pendaftaran. Sebelum taklimat start tadi babah dah pergi koperasi beli buku. Total buku tadi RM61.40 lepas tolak lencana dan nametag. Lencana dan nametag masa SISP masih ada lagi. Jimat dah RM18 kat situ. Baju PJ pun pakai yang lama je.
Masa pendaftaran tadi kejap je sebabnya ibu banyak tak bawak dokumen. Serius taktau kena bawak apa. Dalam surat tawaran yang dapat masa last sekolah SISP tu cuma kena bawak IC ibu bapa, IC anak, surat beranak anak je. Pegawai pendaftaran tadi cakap terlepas pandang la tu untuk SISP. Bukan kami je tadi ada juga ramai takde dokumen lengkap. So esok kena hantar jela nanti kakak Raisha akan bawak ke sekolah.
Dokumen lain kena hantar nanti slip gaji ibu bapa, salinan keputusan UASA Tahun 6, gambar 2 keping, buku rekod kesihatan murid dan borang maklumat murid.
Lane pendaftaran SISP pun tadi disediakan khas tak campur dengan pelajar dari sekolah lain. Paling cepat siap lane SISP la. Selesai semua 11 pagi tadi tinggal jela kakak Raisha. Ibu balik la. Pelajar tingkatan 1 ada sesi orientasi bermula 11.30 pagi.
Singgah sekolah adik Rania kejap nak pergi tukar size baju PJ dia. Alkisahnya Khamis minggu lepas babahnya pergi sekolah untuk beli buku. Ibu ada kursus masa tu tak dapat nak pergi. Sekalinya salah size baju PJ. Beli size sama baju lama. Adoi la. Tadi nak tukar mereka kata takde dah size kena tunggu stok baru sampai. So mereka pulangkan duit je tadi.
Tu la bila kaum bapak yang uruskan mesti ada jela masalah. Takde dah nak check size tu ok ke tak dengan anak. Lencana dan tandanama pun sama. Ibu dah pesan tak payah beli dah ada. Babahnya lupa dia bayar je semua ikut borang cikgu bagi tu. Kita mak-mak ni je biasa alert benda remeh camni. Jadinya belambak la lencana duk ada ni macam boleh jual semula kat koperasi sebab tak guna pun.
Settle kat koperasi adik tadi dah 11.30 pagi. Ibu pun macam malas dah nak balik sebabnya nanti nak ambik adik Rania 1 petang, kakak Raisha babah dia ambik 1.10 petang balik hari ni. Malas nak keluar 10 minit je pun dari rumah ke sekolah cuma malas nak keluar semula tu la bila dah balik rumah.
Terus jela ke Watsons nak beli hand wash dan shampoo anak-anak. Sambil ke Zus sebelah Watsons tu je me time sementara tunggu pukul 12.30 nak ke sekolah adik Rania pulak. Kejap je sebenarnya masa berlalu.
12.30 ke sekolah adik berderet dah kereta parking tepi jalan tunggu anak-anak balik sekolah. Rasa awal dah sampai tadi rupanya dah ramai parents menunggu. Selalu kalau hari kerja memang 1 petang la Cie baru keluar office ambik adik Rania. Kadang-kadang kena menunggu juga dia keluar lambat.
Sebelah petang adik Rania kena pergi kelas KAFA pulak. Tahun ni ada uniform baru. Baju kurung purple, lengan cuff. Tempah kat sekolah KAFA. Tebal pulak tu pakai sebelah petang memang panas. Kena pakai tudung hitam dan kain hitam.
Ada kesah kelakar petang ni. Kain hitam Cie tak beli sebab ada kain pengawas kakak Raisha hari tu. Seminggu cuti sekolah hari tu try la pakai ok je ngam. Sekali tadi nak pakai pergi KAFA tak muat ye. Mujur ibu ada kain hitam penyelamat boleh la pakai tadi. Oversized pulak adik Rania ni. Sama size pinggang ibu dah. Baru darjah 5.
Petang ni kang kena pergi kedai cari kain hitam pulak. Dah la uniform kena pakai 3 kali seminggu. Beli sehelai je hari tu sebab mahal sangat. RM45 rasanya sehelai. Tahun ni je dah last sekolah KAFA. Ingatkan hari tu tak kerap pakai. Macam tahun lepas jarang pakai uniform. Tahun lepas masih pakai baju putih kain hijau. Tahun ni pulak ustazah nak tukar uniform. Ada juga parents merungut kalau anak ramai tu memang banyak la kos nak kena keluarkan.
Gitu la ye cerita di hari pertama persekolahan 2025. Esok ibu dah kerja. Minggu ni anak-anak belum belajar. Masih minggu orientasi.
selamat kembali ke sekolah anak-anak..sekejap je rasa cuti sebulan kan
ReplyDeletebaju kafa sana tak sama ye dengan di Kuantan,saya ingatkan kafa 1 negeri semua sama
Alahai..Mcm2 kes hari pertama mcm kita htr anak ke darjah 1..Same la...Cerita sy pun lebih kurang cie jgk..Kalut jgk pagi td...=D
ReplyDeletedah lain cara pembelajaran..ada mobile class, budak2 yg kena bergerak...cantik kaler uniform pengawas...
ReplyDeleteSelamat Kembali ke Sekolah buat anak2 ya. Selalunya hari pertama ni jam sikit. Moga berjaya di dalam pelajaran ya :)
ReplyDeleteSelamat bersekolah adik! Moga menjadi pelajar yang cemerlang dunia akhirat :D
ReplyDeletekalau cuti tu, memang sekejap je dah tengah hari...kalau kerja,...ehhh lama beno rase.. hahhaa
ReplyDeleteJD beli juga kain hitam nya ya kak 😅. Anak2 nih kdg cepat sangat membesar lah. Baru beli celana olahraga untuk si sulung, seingat saya blm 6 bulan, dah harus ganti Krn dia makin tinggi 😂
ReplyDeleterania sebaya dgn my razeen rupanya! thn ni MZ tak dpt antar my boys to school masa 1st day sbb MZ masih kat swiss, so tugasan diserahkan kpd my zharfan utk antar adik2 ke sek
ReplyDelete