Baru-baru ini Cie menganjurkan Pertandingan Mencipta dan Memasak Diet Teraputik 2025 untuk staf jabatan Cie yang terdiri dari Pembantu Penyediaan Makanan seramai 15 orang. Cie bahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan ada seorang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Peserta lelaki akan mencabut undian 2 undi dan tertera la nama peserta perempuan tersebut.

Bermula penghujung bulan Januari 2025 Cie umumkan akan buat pertandingan selepas berbincang dengan Pegawai Dietetik. Lepas tu Pegawai Dietetik sediakan case study berkenaan Diet Teraputik. Case study ni pun diundi oleh peserta. Setiap kumpulan akan mendapat case study yang berbeza.
Sepanjang tempoh kurang dari seminggu mereka perlu cipta menu berdasarkan case study yang diberikan. Syarat pertandingan perlu sediakan lauk, sayur dah air untuk 2 orang. Resipi piawai perlu dihantar dalam masa yang ditetapkan. Ada kumpulan hantar semua menu, ada yang terlupa hantar menu air, ada juga terlupa hantar menu sayur.
Pertandingan memasak pulak dibuat pada 10 Februari 2025 bermula jam 11 pagi hingga 1 petang. Masak 1 jam sahaja bermula jam 11 pagi hingga 12 tengahari. 12 tengahari hingga 1 petang juri mula memberikan markah dan majlis penutup Pertandingan Mencipta dan Memasak Diet Teraputik 2025.
Cie jemput juri dari Hospital Raub dan Hospital Cameron Highlands. Kebetulan pulak Cie buat mesyuarat untuk perbincangan aktiviti jabatan kami peringkat kluster Pahang Barat. Kluster Pahang Barat ada 3 hospital je Hospital Kuala Lipis, Hospital Raub dan Hospital Cameron Highlands. Terus la minta mereka jadi juri. Cuma kawan dari Hospital Raub tu last minute tak dapat hadir disebabkan suami dia kena refer IJN so dia ganti dengan staf nya je.
 |
Pegawai dari Hospital Cameron Highlands |
 |
Bos Cie Pegawai Dietetik |
 |
Wakil dari Hospital Raub |
Hari pertandingan tu juga salah seorang peserta lelaki tak dapat join sebab cuti sakit. Terpaksa la digantikan dengan staf dari Hospital Raub yang asalnya Cie minta jadi juri. Tinggal la juri 2 orang saja Pegawai Dietetik dan dari Hospital Cameron Highlands. Cie jadi penyelaras pertandingan so tak boleh jadi juri. Lagipun nanti takde orang nak snap gambar dan ambil video.
Biasa la kan kita hanya merancang je. Allah menentukan segalanya. Walaupun ada masalah sikit ianya tetap dapat berjalan dengan lancar. Selesai semuanya jam 1 petang sekali penutup penyampaian hadiah. Hadiah pun dari kedai Eco je pun. Saja buat suka-suka untuk staf jabatan.
 |
Hadiah tempat kedua |
 |
Cenderahati untuk juri dan urusetia |
 |
Hadiah tempat ketiga |
 |
Hadiah tempat keempat dan kelima |
 |
Hadiah tempat pertama |
Persembahan semua peserta memang sangat baik walaupun semuanya last minute. Mereka dapat hasilkan ciptaan resepi dan masakan Diet Teraputik dengan baik sekali. Hiasan meja hidangan pun semuanya kreatif.
Pemenang tempat pertama tu adalah kumpulan yang seorang peserta mereka cuti sakit tu. Kumpulan mereka memang mematuhi semua syarat yang ditetapkan walaupun hiasan meja mereka paling simple.
 |
Pemenang tempat pertama |
 |
Tempat kelima |
 |
Tempat keempat |
 |
Tempat ketiga |
 |
Tempat kedua |
Tahniah kepada semua peserta yang berikan komitmen terbaik sepanjang berlangsungnya Pertandingan Mencipta dan Memasak Diet Teraputik 2025. InsyaAllah tahun depan kita buat lagi. Last Cie buat untuk staf ni tahun 2016. Lama sangat tak buat. Susunan gambar carca marba sikit bila upload sekaligus. Nak upload satu-satu jenuh pulak.
 |
Tempat ketiga |
 |
Tempat kedua |
 |
Tempat pertama |
 |
Tempat keempat |
 |
Tempat kelima |
Wahhhh..Tahniah sbb dpt anjurkn aktiviti mcm ni..Sy suka..Semoga peserta lain pun suka..I loike the hadiah...Sungguhpun hanya dr kedai eco..Pengalaman tu yg buat rasa seronok =)
ReplyDeleteTahniah Cie for your effort 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDeleteTahniah juga utk pemenang. Suka² tapi satu pengalaman yang manis buat para petugas juga kan
Bagus aktiviti macam ni. Tahniah Cie!
ReplyDeletewaaahhhhhhh bestnya Cie pertandingan menu sihat mcm ni! tahniah pada semua sbb semuanya hebat! hadiah wlupun dari ecoshop tapi tetap menjadi pujaaaan hati hehehe
ReplyDeleteteringin nak join kalau dekat2.. hihihi
ReplyDeletetahniah Cie & pemenang & peserta serta juri2....aktiviti yg bagus, mencungkil bakat & kreativiti peserta..
ReplyDeletemenarik betul event gini. tahniahhhh
ReplyDelete