Rabu dan Khamis baru-baru ni Cie ada kursus secara dalam talian. Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan 2025 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk join kursus ni kena daftar dan tempat sangat terhad.
Tapi pihak urusetia benarkan juga untuk berkongsi device. Semua peserta akan dapat sijil juga nanti. So Cie pun ajak la sekali staf jabatan Cie 2 orang dan staf bahagian perolehan hospital 3 orang. Kami akan guna akaun zoom hospital jela kat bilik mesyuarat.
Seawal pagi Rabu tu staf Unit IT bantu kami on segala device untuk digunakan sepanjang kursus tu la. Dalam bilik mesyuarat tu memang tersedia dah semua tinggal nak on je. Siap ada tv bagai so senang la kami nak berkursus secara dalam talian ni.
Awal pagi Cie masak spageti untuk breakfast anak-anak dan Cie masak lebih terus bawak bekal untuk kursus dan Cie bagi kat staf Cie yang bekerja sebekas. Banyak jugak 1 peket spageti tu. Boleh la kami makan ramai-ramai masa kursus. Kursus dalam talian je kan so boleh la sambil dengar ceramah sambil makan.
Hari pertama kursus tamat jam 4.30 petang. Terus balik ke rumah jela dah habis kursus tak masuk office dah.
Hari kedua pada Khamis pulak Cie masak nasi goreng telur pulak. Siap Cie goreng keropok dan buat cili potong. Masak banyak jugak untuk breakfast anak-anak dan geng kursus.
Topik hari kedua ni santai sikit. Ada 2 bab je. Takdela pening sangat kepala masuk perkara baru.
Selesai sesi ceramah hari kedua kami kena jawab lagi soalan ujian post test. Soalan yang sama dengan hari pertama. Cie betul 22 daripada 25 soalan. So ok la kiranya faham la walaupun soalan takde pasal dapur pun. Semua lebih kepada perolehan yang KKM buat.
Tamat kursus dan dapat sijil secara dalam talian juga. Diberikan melalui emel selepas isi form yang disediakan. Dapat 2 hari kursus untuk tahun 2025.
Selamat berkursus dan tahniah..!!
ReplyDeleteDah dpt 2 hari.. Hihihi
ReplyDeleteDulu pernah berkursus adui mengantuk je mata ni. Lupa bawak jajan.
ReplyDeleteAda pro & con kalau berkursus online ni😅
ReplyDeleteseronok juga kursus secara online ni sbb jimat tak perlu kos pngankutan & penginapan.. tp yg leceh bila link room full tak dpt masuk hehe
ReplyDeleteterbaek!!
ReplyDelete