Perhimpunan Pagi diadakan sekali setiap bulan dan dianjurkan oleh jabatan yang berbeza. Jabatan Cie combine dengan Jabatan Rehabilitasi dan Unit Rekod dijadualkan pada bulan Jun nanti.
Baru juga lagi combine dengan jabatan lain. Sebelum ni takde combine jadinya jabatan Cie handle sendiri jela. Masa pengarah lama dulu dia selalu buat pertandingan Perhimpunan Pagi terbaik. Setiap tahun rezeki jabatan Cie jadi penganjur Perhimpunan Pagi terbaik. Sejak pengarah baru ni takde dah hadiah.
Jabatan Cie jugak dulu yang mulakan cabutan bertuah semasa perhimpunan. Sekarang ni mostly semua penganjur buat cabutan bertuah. Cie tak pernah dapat hadiah. Hahaha. Tak bertuah betul. Selain cabutan bertuah kami bagi jugak doorgift. Sama ada makanan ataupun cenderahati.
Bila dah combine dengan jabatan lain ni kita kena berbincang persetujuan bersama nak buat apa. Agak terhad sikit la idea tu. Kot kita nak buat team lain taknak kan.
Perhimpunan Pagi Februari 2025 anjuran Jabatan O&G dan Jabatan Pediatrik tadi pun meriah jugak dengan macam-macam pengisian. Ada jugak tadi terselit video Pertandingan Mencipta dan Memasak Diet Teraputik 2025 yang Cie send kepada urusetia kelmarin. Memang urusetia Perhimpunan Pagi akan minta pada setiap jabatan jika ada aktiviti bulan tersebut boleh la hantar kepada mereka sama ada gambar atau video.
Mereka juga berikan doorgift buah kurma dan tasbih digital untuk semua staf yang hadir tadi. Selama sejam jugak la Perhimpunan Pagi tadi diadakan. Ada juga taklimat dari pegawai Cuepacs berkenaan dengan Cuepacs Living Care.
Selepas habis Perhimpunan Pagi tadi ada meeting pulak. Begitulah busy Cie di hari Jumaat hari terakhir bulan Februari ni. Sedar tak sedar esok dah Mac.
Selamat menyambut Ramadhan kak :)
ReplyDeleteSha pun jarang dah dapat pegi perhimpunan pagi.. Kena jaga kaunter..
ReplyDelete