Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H
Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1446H. Hari ni cuti sempena Nuzul Al-Quran. Sehari jela esok kembali bekerja. 17 hari dah berpuasa masih masak sendiri untuk berbuka. Takde plan berbuka kat luar.
Menu berbuka puasa 17 Ramadan 1446H hari ni ayam masak lemak bersama rebung. Teringin nak makan rebung. Pergi pasar minggu lepas beli sebungkus RM4 boleh masak berkali-kali. Sekali masak sikit je. Cie dan suami je makan. Anak-anak tak makan.
Bila ada ayam masak lemak, kita goreng la sikit ikan masin baru la ngam dengan menu ayam masak lemak. Goreng 1 ekor jela. Nak makan sikit je.
Sayur wajib la ada dalam menu. Pucuk paku goreng pedas. Taktau la pedas ke tak letak 2 biji cili padi tumbuk. Pucuk paku pun beli kat pasar minggu lepas. Beli 2 ikat. Semalam dah masak lemak 1 ikat. Hari ni habiskan jela terus.
Buah jambu asamboi untuk menu berbuka hari ni. Habiskan jambu ada sikit je lagi. Beli sebiji je tapi besar, boleh la makan 3 kali dah jambu tu.
Kuih pulak goreng popia crabstick dan popia bigmac ada lagi yang buat minggu lepas. Ada juga lagi sikit bekukan je bila-bila nak makan nanti goreng je.
Alhamdulillah ni jela menu berbuka kita hari ni. Selamat berbuka.
alhamdulillah, sedap2 belaka juadahnya tu
BalasPadambetul tu Ana pun setakat ni pilih utk masak je kt rmh wlupun balik kerja sampai rmh dah 6 petang..
BalasPadamBetul tu.. kalau masak lemak mesti ada ikan masin ataupun sambal belacan kan? sy pun x buat lg ayam masak lemak, anak ada 'pantun' hari tu nk mkn ayam masak lemak
BalasPadammmg kalo masak lemak , ada ikan masin baru ngam
BalasPadamAyam masak lemak rebung, sedapnya
BalasPadambetul2..
BalasPadamnieyl pun sama belum rasa nak berbuka dekat luar..
masih balik rumah masak untuk berbuka...
Lama tak makan rebung. Arwah mak dulu selalu masak rebung dengan perut, buat masak lemak juga.
BalasPadamGandingan mantap tu MLCA ayam dan rebung, ada plak pucuk paku goreng...pergh...confirm menambah nasi
BalasPadamMenu pucuk paku goreng pedas tu .. yummyyy
BalasPadam