Sahur 2 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, March 3, 2025

Sahur 2 Ramadan 1446H

Bangun Sahur 2 Ramadan 1446H bancuh air Vico dan Performance Drink Orange untuk anak-anak. Adik Rania makan Calci Yum dan buah anggur. Kakak Raisha makan buah anggur je. Nasi memang taknak.

Ada juga kakak Raisha cakap semalam. Macam sedap je tengok orang makan nasi waktu sahur. Ibu tanya la nak makan ke ibu masak nasi, sambal hitam ada boleh makan. Katanya taknak nanti takde selera.

Macam Cie masa kecil la makan nasi waktu sahur memang terkuis kuis je jari dalam pinggan tu nak habiskan nasi punya la payah. Sambil mata terpejam. Moment bersahur masa kecil.

Masuk alam pekerjaan dah dewasa takdela moment bersahur. Bangun sahur untuk minum saja. Selalunya malam sebelum tidur dah makan siap-siap dah.

Bila jumpa produk Shaklee tahun 2012 sejak tu sahur minum produk Shaklee je sampai la sekarang dah 2025. Lagi bertahan dari makan nasi. Selalunya kalau makan nasi waktu sahur nanti tengahari signal lapar dah datang. Tu yang malas makan nasi waktu sahur.

Sahur 2 Ramadan 1446H Cie bancuh Performance Drink Orange campur dengan Cinch Tea. Hari kerja kena minum Cinch Tea ni untuk elak mengantuk. Nanti tersengguk depan komputer. Dah la takde geng borak kerja sorang-sorang. Performance Drink untuk kurangkan dahaga.

Sahur 2 Ramadan 1446H

ESP pulak sama je macam semalam campur dengan Cinch Chocolate. Memang kenyang minum ni. Takde rasa lapar. Mostly yang bersahur dengan produk Shaklee ni memang tak makan nasi waktu sahur.

Lagipun kalau terlajak bangun masih sempat nak shake di pagi hari. Takdela terlepas nak bersahur kan. Cie ni memang setakat ni belum terlajak lagi waktu sahur kesian anak-anak nak berpuasa. Bunyi alarm terus bangun.

9 comments:

  1. My boys sahur mkn roti ajer, mr hubby pun mkn roti jugak (dan telur rebus), MZ masak jugak nasi goreng then paksa boys mkn semulut dua utk bg tenaga...diaorg tak berapa nak mkn nasi time sahur

    ReplyDelete
  2. Kat rumah kak SA memang wajib sahur makan berat- berat sebab semua jenis perut problem kalau x makan...

    ReplyDelete
  3. Hari kedua puasa, deme jamah sikit je nasi, si kecik kena paksa makan, tak nak dia terlalu penat dekat sekolah.

    ReplyDelete
  4. xpelah x makan nasik pun, aslkan kite mkn sahur... acik pun x makan nasik :D

    ReplyDelete
  5. kalau ikot linda, linda pun tak sahur makan nasi...tp suami kena makan nasi, anak-anak pun makan nasi juga

    ReplyDelete
  6. Bestnya tengok boleh sahur shake² jer.

    ReplyDelete
  7. Senang macam tu, tak perlu masak.

    ReplyDelete
  8. Kalau belikan utk anak diasrama pun mcm best gak kan. Sebab waktu Ramadhan mmglah dorang sahur diDM. Tp waktu dorang solat sunat, solat ganti, dorang minum air je

    ReplyDelete