Hari Ketiga Dah Bertambah Baik - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, April 11, 2025

Hari Ketiga Dah Bertambah Baik

Sedar tak sedar hari ketiga dah Cie jatuh dan pengsan. Jatuh terpeleot. Lepas tu pitam, pengsan terus jatuh. Hari ketiga dah bertambah baik. Alhamdulillah.

Hari Ketiga Dah Bertambah Baik
Keadaan luka hari ketiga

Ramai yang bertanya khabar kat whatsapp, kat dm Instagram, dm Facebook. Yang mendoakan pun ramai termasuk la rakan blogger yang baca posting Cie. Semuanya risau. Ada juga yang ingatkan Cie strok sebab ada 1 gambar tu tangan macam orang strok. Hihi.

Hari Ketiga Dah Bertambah Baik
Gambar ni kot tangan macam orang kena strok

So far Cie ok je takde apa yang serius. Luka sikit kat kepala dan takde bengkak dah hari ketiga ni. Kaki jela sebelah kanan yang masih sakit kesan dari jatuh terpijak lantai tak rata tu. 

Tapi dah beransur berkurangan sakit tu. Cuma masih tak boleh mencangkung, tak boleh bersila. Solat atas kerusi jela. Buat apa-apa atas kerusi je tak boleh bersila atas lantai.

Boleh dah buat kerja sikit-sikit kat dapur. Hari ni bosan sangat dah baring je bangun la juga buat cornflakes caramel. Kalau ikutkan hari kejadian tu la malamnya Cie nak buat cornflakes caramel tu. Cornflakes Cie beli kat Shopee baru sampai.

6 lebih petang kejadian tu berlaku. Hari ketiga berpuasa qada’ dan puasa sunat Syawal. Sempat 3 hari jela puasa baru-baru ni. Nanti minggu depan sambung semula.

Ramai ingatkan Cie MC lama. Sehari je doktor bagi. Hari Khamis sahaja. Hari ni Jumaat Cie sambung Cuti Rehat jela. Masih sakit kaki tak kuat nak drive, tak kuat nak berjalan pergi kerja. Jalan kejap-kejap dalam rumah jela.

Sebelum balik malam kejadian dari Jabatan Kecemasan tu doktor ada cakap dia tak concern sangat pasal kaki Cie tu. Dia kata dia concern macam mana boleh pitam dan pengsan. Cie pun tanya habis tu kaki sakit ni macam mana. Katanya mungkin otot je.

Xray semuanya ok, scan pun semuanya ok. Sebab tu agaknya dia bagi MC sehari je iaitu hari Khamis. Jumaat ni kita tambah jela cuti sendiri. Takkan nak pergi Jabatan Kecemasan tu semula kan semata-mata nak tambah MC.

Mungkin masa Cie jatuh mula-mula tu tekanan darah menurun. Lepas jatuh Cie bangun dan terus berjalan. Tu yang agaknya boleh pitam dan terus pengsan. Dengan perut kosong berpuasa, takde tenaga sebab masa tu dah 6 lebih petang, kekurangan air dalam badan. Tu semua faktor la. Bukan doktor pun boleh fikir secara logik jela.

Masa sampai klinik tu tak sampai 15 minit lepas kejadian tu doktor check BP ok je 110/70 kalau tak silap Cie. Bacaan gula pun 4.9. HB jela doktor tak check. Cie beranggapan yang HB low. Cie dulu ada masalah HB low masa mengandungkan kakak Raisha. Lepas tu dah ok Cie makan Vitalea Shaklee. Sekarang ni lama tak makan taktau la HB tinggi le rendah. 

Takpela semuanya berlaku ada hikmahnya. Allah nak bagi Cie berehat la ni. Terima kasih semua yang mendoakan kesembuhan Cie.

14 comments:

  1. Semoga cepat sembuh...itulah, bab2 kaki tyerseliuh nie,kadang ada doktor yang tak concern...padahal tak boleh nak berjalan sangat..

    ReplyDelete
  2. Allahu Akhbar.. mcm mana boleh jatuh tu.. apa pun didoakan semoga cpt sembuh.. Amin..

    ReplyDelete
  3. Semoga sihat-sihat sahaja dan kembali sihat seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  4. Semoga beransur sihat dan kuat, Cie. Bagi badan betul-betul sihat barulah sambung puasa, ye.

    ReplyDelete
  5. Semoga bertambah baik ye Cie ..
    Akk kecik² dulu pernah juga pitam, sbb cuaca terlalu panas masa tu. And sekali tu sbb berdiri terlalu lama, nak naikkan bendera masa perhimpunan sekolah. Lama sangat cikgu berucap, tup² Akk tumbang 😅

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh ye Chie.

    ReplyDelete
  7. Betul tu.. Allah nak bagi rehat.
    Take care Cie.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah Cie....moga yang baik2 ajer ya. Baru sempat singgah kat blog Cie.

    ReplyDelete
  9. Allah.. luka jugalah ye kat kepala? moga Cie baik-baik aje.. moga cepat sihat semula Cie..

    *Cie tak blh komen kat blog ana ye? :(

    ReplyDelete
  10. Laaa kesian Cie...!!! Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan. Take care tau..!!

    ReplyDelete
  11. sy pun agak sbb cie posa, mungkin hb low, bp low, gula low, itu yg boleh pengsan... lps ni better buat full medical check up.. sbb risau jugak kan tetiba boleh pengsan tetiba

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dah makin ok...bila tkenan darah rendah memang kita boleh hilang imbangan dan boleh pitam...

    ReplyDelete
  13. Semoga sehat2 kak cie. Td saya pikir pun Krn low blood pressure. Krn mama saya pernah pitam juga sebab darah rendah

    ReplyDelete