Setiap tahun ada jela yang request nak beraya rumah Cie. Cie pulak kalau ada orang request nak beraya tu memang tak sedap la kalau setakat hidang kuih raya. Nak la jugak masak hidangan raya. 

Jamuan Raya 2025

Plan memang nak buat jamuan raya 2025 pada hari Sabtu 12 April 2025 iaitu semalam. Cie pulak dah tempah roti jala kat staf dan husband dah tempah kuih cara berlauk. Mulanya husband tanya nak proceed ke sebab Cie kan baru je lepas jatuh dan pengsan 9 April hari tu. Cie kata proceed jela sebab dah plan kan. Kaki Cie ok je cuma tak boleh duduk bawah jela. Buat apa-apa semua duduk atas kerusi.

Menu yang Cie plan untuk jamuan raya 2025 Cie pun yang simple je Cie masak soto ayam dan spageti carbonara je. Kuih cara dan roti jala tempah je. So ok la dengan keadaan pergerakan Cie agak terbatas sebab kaki sakit tu. 

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Hari Jumaat tu Cie sambung cuti rehat sebab MC doktor bagi tu Khamis je. So Jumaat tu cuti Cie prepare la sikit-sikit bahan nak masak Sabtu. Malam tu kaki bengkak sikit sebab banyak bergerak. Sapu je krim doktor bagi tu. Bangun pagi berkurang dah sakit.

Selepas subuh Cie terus masuk dapur siapkan sup soto, goreng bergedil, buat kuah carbonara, buat air dan buat deco meja hidangan. Suami potong buah, beli ais, ambil makanan yang ditempah kuih cara berlauk dan roti jala. Yang lain anak-anak dan suami banyak bantu. 

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Pukul 10 pagi siap dah semuanya untuk dihidangkan. Pukul 9 lebih tu suami keluar ambil makanan, beli ais, beli buah. Ngam pukul 11 semua dah terhidang. Cie jemput staf jabatan Cie mula 11 pagi boleh datang. Mereka la yang selalu merasmikan jamuan raya Cie.

Jamuan Raya 2025
10 orang je dari 15 staf yang dapat datang

Ni yang mula-mula sampai merasmikan hidangan

Team perempuan

Tak ramai pun jemputan tak sampai 50 orang pun termasuk kanak-kanak. Ada yang balik kampung, ada yang tak dapat datang ada urusan lain. Tu pun makanan Cie banyak berlebih. Memang tak berapa pandai juga nak agak anggaran tu. Sebabnya kita jemput ramai tapi yang datang tak ramai. Biar berlebih jangan tak cukup makanan. Sampai ke malam kawan-kawan husband datang.

Kawan-kawan Cie yang dijemput group sekolah rendah je semua tak dapat datang. Cie jemput jiran ada 3 rumah je dapat datang. Ada jiran balik kampung. Lorong Cie ni banyak homestay. Jadi takdela jiran sangat.

Kawan-kawan husband jela ramai datang. Kawan-kawan Cie kalau jemput terlalu ramai jadinya tak larat nak masak banyak-banyak. Tu yang jemput mana yang ada jela. Bukan taknak jemput tapi kekangan keadaan tak mengizinkan. Kalau nak beraya rumah Cie inform je. 
Memang takde buat open house besar-besaran pun. Rumah kecik je pun. Tu pun buat jemputan berperingkat so takdela sekali arung datang. 

Cie suka masak-masak jemput orang makan. Kawan-kawan sekolah rendah yang tak free nak datang semalam request suruh buat lagi weekend depan. InsyaAllah kalau kesihatan mengizinkan Cie masak la nanti untuk kawan sekolah rendah dan yang mana-mana tak dapat datang semalam tu. 

Cie bergambar dengan staf je. Lepas tu dah tak ingat nak bergambar. Family photo pun selepas semua orang dah balik sebelah petang tu sebelum anak-anak mandi.

Jamuan Raya 2025

Semoga diberi kesihatan yang baik untuk sambung puasa esok hari Isnin hingga Khamis. Weekend dah boleh masak menu raya lagi.