Jamuan Raya 2025 - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, April 13, 2025

Jamuan Raya 2025

Setiap tahun ada jela yang request nak beraya rumah Cie. Cie pulak kalau ada orang request nak beraya tu memang tak sedap la kalau setakat hidang kuih raya. Nak la jugak masak hidangan raya. 

Jamuan Raya 2025

Plan memang nak buat jamuan raya 2025 pada hari Sabtu 12 April 2025 iaitu semalam. Cie pulak dah tempah roti jala kat staf dan husband dah tempah kuih cara berlauk. Mulanya husband tanya nak proceed ke sebab Cie kan baru je lepas jatuh dan pengsan 9 April hari tu. Cie kata proceed jela sebab dah plan kan. Kaki Cie ok je cuma tak boleh duduk bawah jela. Buat apa-apa semua duduk atas kerusi.

Menu yang Cie plan untuk jamuan raya 2025 Cie pun yang simple je Cie masak soto ayam dan spageti carbonara je. Kuih cara dan roti jala tempah je. So ok la dengan keadaan pergerakan Cie agak terbatas sebab kaki sakit tu. 

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Hari Jumaat tu Cie sambung cuti rehat sebab MC doktor bagi tu Khamis je. So Jumaat tu cuti Cie prepare la sikit-sikit bahan nak masak Sabtu. Malam tu kaki bengkak sikit sebab banyak bergerak. Sapu je krim doktor bagi tu. Bangun pagi berkurang dah sakit.

Selepas subuh Cie terus masuk dapur siapkan sup soto, goreng bergedil, buat kuah carbonara, buat air dan buat deco meja hidangan. Suami potong buah, beli ais, ambil makanan yang ditempah kuih cara berlauk dan roti jala. Yang lain anak-anak dan suami banyak bantu. 

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Jamuan Raya 2025

Pukul 10 pagi siap dah semuanya untuk dihidangkan. Pukul 9 lebih tu suami keluar ambil makanan, beli ais, beli buah. Ngam pukul 11 semua dah terhidang. Cie jemput staf jabatan Cie mula 11 pagi boleh datang. Mereka la yang selalu merasmikan jamuan raya Cie.

Jamuan Raya 2025
10 orang je dari 15 staf yang dapat datang

Ni yang mula-mula sampai merasmikan hidangan

Team perempuan

Tak ramai pun jemputan tak sampai 50 orang pun termasuk kanak-kanak. Ada yang balik kampung, ada yang tak dapat datang ada urusan lain. Tu pun makanan Cie banyak berlebih. Memang tak berapa pandai juga nak agak anggaran tu. Sebabnya kita jemput ramai tapi yang datang tak ramai. Biar berlebih jangan tak cukup makanan. Sampai ke malam kawan-kawan husband datang.

Kawan-kawan Cie yang dijemput group sekolah rendah je semua tak dapat datang. Cie jemput jiran ada 3 rumah je dapat datang. Ada jiran balik kampung. Lorong Cie ni banyak homestay. Jadi takdela jiran sangat.

Kawan-kawan husband jela ramai datang. Kawan-kawan Cie kalau jemput terlalu ramai jadinya tak larat nak masak banyak-banyak. Tu yang jemput mana yang ada jela. Bukan taknak jemput tapi kekangan keadaan tak mengizinkan. Kalau nak beraya rumah Cie inform je. 
Memang takde buat open house besar-besaran pun. Rumah kecik je pun. Tu pun buat jemputan berperingkat so takdela sekali arung datang. 

Cie suka masak-masak jemput orang makan. Kawan-kawan sekolah rendah yang tak free nak datang semalam request suruh buat lagi weekend depan. InsyaAllah kalau kesihatan mengizinkan Cie masak la nanti untuk kawan sekolah rendah dan yang mana-mana tak dapat datang semalam tu. 

Cie bergambar dengan staf je. Lepas tu dah tak ingat nak bergambar. Family photo pun selepas semua orang dah balik sebelah petang tu sebelum anak-anak mandi.

Jamuan Raya 2025

Semoga diberi kesihatan yang baik untuk sambung puasa esok hari Isnin hingga Khamis. Weekend dah boleh masak menu raya lagi.

16 comments:

  1. Sedap tu soto tambah² lagi ada begedilnya.
    Seluruh family bekerjasama... mudah jadinya kerja Cie.

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh kak
    Cuya belum pernah buat open house
    Kawan2 pon tak ramai lagi yg ada
    Semua ada life masing2

    Tapi mendatang harap adla masa untuk buat open house

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Meraikan kawan-kawan dan jiran semasa syawal. Semoga Cie segera sembuh, kakinya, dan selamat berpuasa, ya.

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat jamu kawan-kawan makan tapi tahun ni kami tak buat open house, kalau ada yang call nak datang barulah masak sikit-sikit.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Seronok dpt jamu tetamu mkn =D

    ReplyDelete
  6. Sama la menu kita semalam Cie! Akk pun buat soto ayam juga, bawak ke anak² di asrama :)
    Akk pun seronok kalau ada yg nak datang beraya, cuma minggu ni ada kekangan program sekolah anak². Looking forward for the weeks to come

    ReplyDelete
  7. bagusnya cie, gigih buat open house wpun tak sihat sgt...barakallah fiik :)

    ReplyDelete
  8. Seronok dan meriah semua dapat beraya di rumah Cie. Sempat Cie masak walaupun keadaan masih kurang sihat. Take care ya.

    ReplyDelete
  9. sedap tu soto ada begedil..kita suka..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya soto, dalam tak sihat, bersemangat Cie masak² buat open house tu.

    ReplyDelete
  11. Makanan lebih lagi baik dari makanan yang tak cukup. Semua nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  12. Awal minggu raya hari tu pun saya dah buat open house. Guna caterer sikit, masak sikit.. Hehe..

    ReplyDelete
  13. Dgn tak berapa sihat pun masih gigih masak utk tetamu makan. Semoga Allah kurniakan pahala yg berganda sbb memuliakan tetamu :D

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap tu menu semua..akak tahun ni takde buat makan- makan...memang x sihat..ada yang x berani nak datang rumah sebab takut berjangkit...siap cakap terang2 sampai PZ kecik hati..takpe la tengok tahun depan macam mana kan...kalau ada rezeki boleh buat makan- makan

    ReplyDelete
  15. sempat lagi ya masak sedap2 tuuu
    kalau dekat nk jg sy dtg beraya😁

    ReplyDelete
  16. Betul kak. Better makanan berlebih drpd kurang kakk mengadakan jamuan begini. Kalo lebih pun masih bisa disimpan utk esok

    ReplyDelete