Alhamdulillah selesai dah Jamuan Raya Hospital Kuala Lipis 2025 penutup Syawal 1446H hari ni.
Tahun ni team Jabatan Dietetik dan Sajian kena combine dengan Unit Kejuruteraan, Unit Kesihatan Awam dan Unit Penyeliaan PPP. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan aneka jenis air.
3 jenis air yang kami sediakan Slurpee Solero, White Coffee Ice dan Chrysanthemum Tea Longan. Habis licin bawak balik bekas kosong je.
Booth belum buka dah ramai minta air. Terpaksa la kami minta mereka ambil air mineral dulu. Nak bagi laluan kepada penjurian Booth Terbaik terlebih dahulu baru la boleh bagi air. Nak elakkan dari comot nanti.
Selepas je penjurian selesai baru la kami buka booth untuk diserbu. Alhamdulillah senua cakap air sedap. Ada yang berulang kali repeat ambil air.
Team deco pulak sejak petang semalam dah bertungkus lumus sampai ke malam. Cie sumbang barang-barang sikit je. Apa yang ada kat rumah kita kutip jela. Selebihnya barang staf Sajian.
Pagi tadi pun last minute menulis kat kain belacu. Kain sampai Khamis minggu lepas. Semalam duk berbelah bagi nak buat ke taknak buat. Last minute decide buat jela kain dah ada.
Tulisan jawi tu deco yang lama so tekap jela. Print gambar ketupat, pelita, hiasan bahagian atas kain tu pagi tadi jugak. Cepat-cepat tekap. Berjaya juga akhirnya. Takdela susah pun nak buat bertiga je tadi.
Alhamdulillah rezeki team kami dapat tempat kedua tahun ni. Memang sign tempat kedua saja. 2 tahun lepas tempat kedua juga. Tahun lepas takde pertandingan.
![]() |
Wakil team Sajian terima duit tempat kedua |
Terima kasih semua team Sajian yang membantu, team deco dan team air. Bertungkus lumus tak berkira waktu, tak berkira masa, tak berkira tenaga, tak berkira wang ringgit. Semuanya bekerjasama dalam 1 team. Sumbang idea, sumbang tenaga. Mantop dan padu.
Tak lupa juga untuk team gabungan yang sumbang tenaga dan duit juga. Terima kasih atas kerjasama.
Ambil gambar banyak tadi tapi pilih 20 je upload kat album Facebook dan Instagram. Tak sempat sangat nak bergambar kat booth lain tadi.
![]() |
Booth ni tempat pertama |
Booth ni tempat ketiga |
Ni antara booth yang Cie sempat ambil gambar. Ada 3-4 booth Cie tak ambil gambar tadi sebab mereka tak siap deco. Bila dah siap deco ramai pulak orang depan booth jadinya tak dapat la nak ambil gambar deco booth lain.
Booth Pengurusan |
Booth ni tak siap deco lagi tadi masa Cie snap gambar |
Booth ni belum siap deco |
Pentas utama |
nama menu air pon bunyi sedap..
ReplyDeleteKami di Hospital Seberang Jaya adakan jamuan raya pada minggu lepas, cuma pengalaman kurang menariknya ialah makanan utama habis awal. Banyak booth-booth pun habis awal. Susah nak anggar bagi hospital yang besar. Nak cari tempat makan pun susah.
ReplyDeleteHospital putrajaya minggu lepas dah buat. Buat 2 sessi keluarkan makanan supaya lebih staff dapat makan. Wah tahniah lah menang booth terbaik
ReplyDeleteSemua booth cantik² belaka ...
ReplyDeleteTerbayang² sedapnya air2 Cie sebut tu hihi
Wahhhh..Meriah betul..Seronok ade staff sporting mcm ni..Meriah suasana...=D
ReplyDeletewahhh bestnyaa semua cantik! ehh tiga-tiga air Cie buat tu sedapnya! mmg patutlah habis licin! hehehe
ReplyDeleteAmboi nama menu air tu...akak nyer jamuan raya company esok..terlajak raya la...hahaha
ReplyDeleteTahniah dapat tempat kedua. Cantik semua. Seronok majlisnya
ReplyDeleteKreatif semuanya...
ReplyDeleteTahniah, menang tempat kedua...yang ada vespa & mesin jahit tu yg rare..klasik..
ReplyDeletebyk booth ada utk OOTD tu
ReplyDeletesekali tgk dah macam pertandingan booth tercantik dah ni ;-)
ReplyDelete