Cerita Ahad minggu lepas 13 April 2025 staf jabatan Cie buat jamuan raya kat rumah dia. Jamuan raya kat rumah staf Sajian tu bermula jam 1pm. Cie datang selepas solat Zohor dalam pukul 2pm sampai ke rumah Kak Hanim staf Sajian.

Jamuan Raya Staf Sajian

Sabtu 12 April 2025 Cie buat jamuan raya, Ahad tu staf pulak buat jamuan raya. Hari-hari la team Sajian makan jamuan raya. Jamuan raya rumah Kak Hanim ni selalunya ramai orang. Masa Cie sampai tu pun dah ramai orang datang. Mujur ruang dalam rumah ada boleh la kami duduk. Cie pulak kena duduk atas kerusi. Kaki sakit tu tak boleh duduk bersila.

Menu jamuan raya Kak Hanim banyak jenis dan semua dia masak sendiri. Roti jala jamuan raya Cie pun tempah dari Kak Hanim. Antara menu jamuan raya Kak Hanim ada nasi ayam menu utama. Menu sampingan ada pulut, rendang, pecal, tauhu bergedil. Cie makan nasi ayam, pecal dan tauhu bergedil je. Makan serba sedikit. 1 rumah je ok la.

Jamuan Raya Staf Sajian
Dah nak habis makan baru teringat nak snap gambar

Jamuan Raya Staf Sajian
Tauhu bergedil ni sedap

Jamuan Raya Staf Sajian
Pecal pun sedap

Lepas makan singgah kedai spek mata nak repair. Masa Cie jatuh tu bengkok sikit. Nasib baik boleh betulkan. Lepas settle tu terus balik rumah tak ke mana-mana dah. Berehat-rehat kat rumah je perut dah kenyang.