Jamuan Raya Rumah Staf Sajian - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, April 19, 2025

Jamuan Raya Rumah Staf Sajian

Cerita Ahad minggu lepas 13 April 2025 staf jabatan Cie buat jamuan raya kat rumah dia. Jamuan raya kat rumah staf Sajian tu bermula jam 1pm. Cie datang selepas solat Zohor dalam pukul 2pm sampai ke rumah Kak Hanim staf Sajian.

Jamuan Raya Staf Sajian

Sabtu 12 April 2025 Cie buat jamuan raya, Ahad tu staf pulak buat jamuan raya. Hari-hari la team Sajian makan jamuan raya. Jamuan raya rumah Kak Hanim ni selalunya ramai orang. Masa Cie sampai tu pun dah ramai orang datang. Mujur ruang dalam rumah ada boleh la kami duduk. Cie pulak kena duduk atas kerusi. Kaki sakit tu tak boleh duduk bersila.

Menu jamuan raya Kak Hanim banyak jenis dan semua dia masak sendiri. Roti jala jamuan raya Cie pun tempah dari Kak Hanim. Antara menu jamuan raya Kak Hanim ada nasi ayam menu utama. Menu sampingan ada pulut, rendang, pecal, tauhu bergedil. Cie makan nasi ayam, pecal dan tauhu bergedil je. Makan serba sedikit. 1 rumah je ok la.

Jamuan Raya Staf Sajian
Dah nak habis makan baru teringat nak snap gambar

Jamuan Raya Staf Sajian
Tauhu bergedil ni sedap

Jamuan Raya Staf Sajian
Pecal pun sedap

Lepas makan singgah kedai spek mata nak repair. Masa Cie jatuh tu bengkok sikit. Nasib baik boleh betulkan. Lepas settle tu terus balik rumah tak ke mana-mana dah. Berehat-rehat kat rumah je perut dah kenyang.

7 comments:

  1. Puashati kalau mampu & pandai masak sendiri utk dijamu pd tetamu, semestinya sedap la kan...

    ReplyDelete
  2. sedapnya!!! jamuan raya utk dept MZ ialah pada 30 april nanti (errr mcm dh nak abih syawal jerrr)

    ReplyDelete
  3. tgk tauhu begedil tu pun dah kompem sedap niii

    ReplyDelete
  4. Teror lah yg buat open hoise masak sendiri... macam² pulak tu.

    ReplyDelete
  5. Kak SA ada jamuan raya nanti 30hb..dh lepas syawal tapi company buat time tu..xde tarikh lain dah..

    ReplyDelete
  6. Hebat lah kalo bisa membuat sendiri makanan utk jamuan. Berarti memang pandaaai sangat masak dan terbiasa masak utk ramai orang 👍👍.

    ReplyDelete