Menu Pasar Malam - Blog Roziah Muhammad Nor

Friday, April 25, 2025

Menu Pasar Malam

Hari Jumaat ada pasar malam kat Bandar Lama Kuala Lipis. Kalau Cie malas masak memang mintak husband beli jela menu pasar malam untuk dinner. Hari ni memang malas masak suruh anak order je nak makan. Babahnya balik kerja terus pergi pasar malam.

Menu Pasar Malam

Menu pasar malam hari ni ada yong tau fu, sosej gunting dan keropok lekor goreng. Lama dah tengok banyak posting rakan blogger makan yong tau fu maka nya kita order la menu pasar malam yong tau fu.

Yong tau fu kat pasar malam tu ada 2 peniaga. Yang sedap tu kat tengah-tengah pasar. Selalunya gerai dia memang ramai orang. Kuahnya tu sedap. Yang lagi tu macam takde sangat orang beli nak dibandingkan dengan yang tengah-tengah tu.

Yong tau fu kat Lipis ni makan dengan kuah gelap. Takde lagi yang jual makan dengan kuah sup. Kat Johor dulu masa Cie belajar sana macam pelik juga yong tau fu makan dengan sup. Kita dah biasa kuah gelap tu.

Dulu-dulu anak-anak Cie tak makan yong tau fu. Sekarang dah besar baru la pandai makan. Sosej gunting tu kakak Raisha la order dengan babah dia. Adik Rania taknak pulak makan sosej. Selalunya dia la penggemar sosej gunting.

Alhamdulillah kenyang dah boleh beristirehat. Sekarang ni dapat baring berehat tu nikmat tak terkata dah. Anak-anak pun dah besar dah pandai buat hal sendiri. Kita pun boleh tenang-tenang je berehat. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Lama pula tak makan keropok lekor goreng ni. Teringin la pulak.

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cari yong tau fu juga kalau pergi pasar malam :)

    ReplyDelete
  3. Bila anak² dah besar ni mmg terasa ringan sikit. Ada tugasan boleh diserahkan pada anak²...
    Lama akk tak makan YTF

    ReplyDelete
  4. Saya pula terbiasa makan YTF pakai kuah sup. Jadi penasaran dengan kuah yg gelap itu kak. Harap2 ke KL sebentar lagi bisa ketemu seller yg jual pakai kuah gelap 😍

    ReplyDelete