Beli Barang Dapur

5/24/2025 07:16:00 PTG
Aktiviti hujung minggu macam biasa la keluar pergi beli barang dapur. Keluar berdua je dengan husband. Kakak Raisha taknak ikut. Adik Rania pulak ada kelas tambahan UPKK. Minggu ni pergi beli barang dapur kat TF Value Mart.

TF Value Mart

TF ni ada banyak cawangan juga kat beberapa negeri selain dari Pahang. Pasaraya nya agak besar juga dan ada tempat parking sendiri. Memang ramai la orang membeli keperluan dapur lagi-lagi kalau baru lepas gaji. Memang beratur la nak tunggu turn kat kaunter tu.

Beli Barang Dapur

Beli Barang Dapur

Beli Barang Dapur

Beli Barang Dapur

Beli Barang Dapur

Biasanya beli barang kat TF ni sebulan sekali kalau nak beli barang dapur yang kering. Boleh kata semua barang ada di TF ni. Kalau setakat nak beli sikit-sikit je barang kami tak pergi la ke TF.

Kat TF sekarang ni mereka buat sistem yang lain sikit. Yang mana kat kaunter yang ada cashier tu cuma scan barang saja. Nanti cashier akan bagi resit ada QR. So kita ke kaunter depan pula untuk pembayaran kat mesin yang disediakan. Boleh pilih sama ada nak bayar cash atau kad.

Beli Barang Dapur

Selepas siap bayar akan keluar resit warna kuning. Nanti sebelum keluar kena cop pulak resit tu kat kaunter pintu keluar. Tu yang kalau nak beli barang sikit macam sayur dan lauk je kami tak pergi TF sebab nanti jadi lambat proses pembayaran tu.

Beli Barang Dapur

Lepas dah siap beli barang kat TF kami ke BS Freshmart pulak. Kat TF beli barang kering, sayur dan makanan laut je.

BS Freshmart

Husband sorang je masuk BS sebab nak beli ayam. Cie masuk Bakers Cottage berdepan je dengan BS tu. Kalau ikutkan every week membeli lauk pauk dan sayur kat BS ni. Senang kat BS ni sebab tak luas sangat. Nak beli tu jadi cepat la. Pilih-pilih apa nak terus ke kaunter dan keluar kereta parking depan je. Tak jauh nak menapak.

Beli Barang Dapur

Cuma kat BS ni barang dapur kering tak banyak pilihan. Kadang-kadang brand kita nak tu takde. Tu yang selalunya barang basah je beli kat BS.

Bakers Cottage

Lama tak masuk Bakers Cottage ni. Cie beli kek coklat, kaya puff dan sosej jumbo. Teringin nak makan kek coklat. Kebetulan ada offer untuk 2 slice terus grab. Kaya puff pun ada offer beli 3. 

Beli Barang Dapur

Beli Barang Dapur

Selesai membeli terus balik rumah. Masak lunch cepat-cepat sebab pukul 1 adik Rania balik rumah nak makan sebelum masuk semula pulul 2 kelas tambahan UPKK.

4 ulasan:

  1. Minggu ni memang ramai akan keluar topup barang isi rumah semua.

    Nampak meriah juga shopping di TF tu. Macam aeon dan lotus dah start guna sistem macam tu. Tapi selalu tengok tak boleh pakai😅

    BalasPadam
  2. Akk sejak PKP jarang dah masuk supermarket/ hypermarket besar². Lebih suka pergi mini market atau kedai runcit sbb senang nak cari barang dan tak perlu menapak sana sini. Cepat dapat barang, cepat keluar kekdahnya :)

    BalasPadam
  3. Selalu beli barang basah ayah saja pergi pasar. Kalau barang kering biasanya Cuya akan ikut sekali pergi membeli

    BalasPadam
  4. Terkadang memang ada tempat yg lengkap utk barang kering, tp bahan2 dapur basah tak lengkap. Jadi harus ke beberapa tempat ya ☺️.

    Yg pasti tiap waktunya belanja bahan kebutuhan dapur dan bulanan saya selalu sukaaa 😄. Bab belanja memang favourite saya.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.