Bengkel Business Continuity Management System
20 Mei hingga 21 Mei 2025 telah berlangsung Bengkel Business Continuity Management System selama 2 hari di Lipis Plaza Hotel. Mulanya bila dapat jemputan sebagai peserta ni tertanya-tanya juga apa pulak bengkel kali ni sebab tak pernah dengar. Bila dah dengar ceramah baru la faham apa yang dinamakan dengan Business Continuity Management System (BCMS).
Pertama kali la Cie hadir Bengkel Business Continuity Management System. Banyak la ilmu baru yang Cie dapat untuk digunakan dalam kerja harian. Berat jugak topik ni sebab memang betul-betul baru bagi Cie yang hanya tau tentang pengurusan makanan je sebelum ni. So memang bermanfaat la Bengkel Business Continuity Management System ini.
Hospital Kuala Lipis menjemput penceramah dan fasilitator dari IKN Putrajaya. Seramai 4 orang penceramah dan fasilitator, manakala pemerhati juga ada seramai 3 orang. Penceramah dan fasilitator ni memang sangat banyak berkongsi ilmu dengan kami. Memang hospital menjemput orang yang tepat untuk berkongsi ilmu.
Bengkel Business Continuity Management System Hari Pertama
Cie keluar rumah awal dalam pukul 7.45 pagi sebab nak singgah 7E Cafe nak beli Ice Caramel Latte. Sekali adik tu kata semua Latte takde sebab susu habis. Americano saja ada. Tak jadi la beli nanti kang miung kepala minum kopi tu.
Untuk hari pertama pendaftaran bermula 8 pagi hingga 8.30 pagi. 8.30 pagi bengkel dimulakan dengan briefing dari Timbalan Pengarah Hospital berkenaan dengan sejarah-sejarah, perkhidmatan, perjawatan dan lain-lain info berkenaan Hospital Kuala Lipis kepada penceramah, fasilitator dan pemerhati.
Sesi seterusnya slot 1 dan 2 oleh penceramah Dr Raja Hazwani. Selepas habis slot 1 dan 2, terus dimulakan dengan aktiviti berkumpulan. Apa yang diajar kami terus buat dalam kumpulan. Cie sekumpulan dengan team Allied Health iaitu jabatan Cie Jabatan Dietetik dan Sajian, Unit Kesihatan Awam, Unit Sosial Perubatan, Jabatan Rehabilitasi, Optometris.
Sebelah pagi juga sesi bergambar ramai-ramai selepas pengarah datang. Pengarah datang lambat sikit sebab beliau ada kerja lain dulu kat hospital. Sepatutnya hari kedua sesi bergambar ni.
Sarapan pagi sebelum sesi bermula dengan menu nasi lemak, kuih seri muka dan popia sira. Menu makan tengahari nasi putih, kari ayam, kobis goreng, timun dan sambal. Ada juga buah tembikai. Berhenti rehat makan tengahari dan solat jam 1.30 petang. Cie balik office untuk makan dan solat. Tak sempat nak balik rumah.
Bermula 2.30 petang sesi dimulakan dengan menyambung semula sesi perbincangan kumpulan. Sebelah petang dah takde sesi ceramah. Memang kerja kumpulan lepas tu terus pembentangan kumpulan. Pukul 5 baru selesai untuk hari pertama. Kumpulan kami tak sempat nak buat pembentangan.
Sebelum balik Cie ke Kedai Josi Donut sebaris je dengan Lipis Plaza Hotel tu nak beli waffle. Nak bawak balik untuk anak-anak. Tadi ambil juga minum petang kuih karipap, kuih puteri ayu dan air kotak laici.
Bengkel Business Continuity Management System Hari Kedua
Hari kedua Cie keluar awal juga 7.45 pagi dari rumah. Kali ni Cie dah tak singgah 7E Cafe sebaris KFC yang kehabisan susu tu. Cie terus ke 7E Cafe Bandar Baru. Mujur ada so Cie beli Ice Caramel Latte dan air mangga untuk anak-anak. Sebab hari tu Cie pernah beli adik Rania kata sedap.
Sampai Lipis Plaza Hotel dalam 8.15 pagi terus ambil bungkusan sarapan bihun goreng, kuih cara berlauk dan puding kastard jagung. 8.30 pagi terus bermula sesi bengkel hari kedua dengan ceramah untuk slot 3 dan 4. Selesai ceramah kena buat kerja berkumpulan lagi sehingga waktu lunch 1.15 petang. Rehat hingga 2.15 petang.
Menu makan tengahari lupa nak snap gambar rupanya tadi. Hari ni Cie makan dan solat kat hotel je. Menu makan tengahari nasi putih, ayam masak lemak, kacang panjang goreng, timun dan sambal serta buah tembikai.
Tepat 2.15 petang sesi pembentangan untuk slot hari kedua pulak. Kali ni group kami jadi group terakhir kena present. So bos Cie la present dan ada juga Cie back up jawab soalan tadi.
Penceramah, fasilitator dan urusetia perasan group kami paling ceria. Hahahaha. Asyik gelak je. Buat perbincangan, lepas tu gelak. Penceramah pulak risau topik berat tapi kami ceria betul. Takde stress berfikir pun. Group lain semua senyap dan fokus betul sampai berkerut dahi.
Topik berat jadi kita jangan la ambik serius sangat. Chill je janji kita faham apa yang perlu kita buat. Kalau stress nanti tak dapat apa pun. Tu yang kami tenang-tenang bergelak ketawa je. Geng kumpulan kami pulak jenis ngam semuanya jenis masuk air. Hahaah.
Ada sorang fasilitator tu muka dia macam Nad Zainal. Kami pun apa lagi terus ajak bergambar. Dia gelak je dengar kami cakap muka dia macam Nad Zainal. Namanya Dr Siti Nurayni Mustafa. Baik orangnya lembut je bercakap. Banyak juga dia berkongsi ilmu dengan kami sewaktu perbincangan kumpulan.
Selepas sesi pembentangan habis tadi terus ada sesi penutup. Ucapan dari wakil penceramah Dr Muhamad Azrin Timbalan Pengarah Perubatan 1 IKN dan pengarah hospital Dr Idilia merasmikan penutup bengkel. Awal juga habis hari terakhir ni jam 4.30 petang. Sebelum balik ambil menu minum petang air kotak, kuih sagu dan masalavadai.
Alhamdulillah selesai 2 hari Bengkel Business Continuity Management System. Semoga ilmu yang Cie dapat selama 2 hari ni bermanfaat la untuk digunakan dalam menjalankan tugas. Bermakna menanti tugas-tugas baru penyediaan dokumen yang perlu dilaksanakan.
Bila dah bekerja ni memang tak lari drpd kursus dan pembentangan ya.. Apa yg buat kt uni tetap kena buat time kerja.. Utk certain kerja la
BalasPadamTapi seronoklah bila berbincang ada gelak tawa baru tak bosan
Selamat berbengkel. Moga bermanfaat.
BalasPadam