Kate Spade Carey Medium Flap Shoulder Bag
7 Mei yang lepas Cie klik order Kate Spade Carey Medium Flap Shoulder Bag dari website Fashrevo. Cie dah lama mencari beg design macam ni. Tapinya semua yang mahal-mahal la kalau beg branded ni. Beli yang dalam julat bajet sendiri. Beg ni sampai 10 Mei 2025. 3 hari je pantas betul.
Asalnya Cie nak grab beg lain. Saja jela reward untuk diri sendiri. Last Cie beli beg branded Coach Prairie Satchel in Deep Red pada 27 November 2020. Dah 5 tahun berlalu. Sampai sekarang masih elok beg tu. Tu yang rasa berbaloi je beli beg branded macam ni tahan lama. Beg coach ni dulu Cie beli dari Eatsleepshop secara online. Trusted seller ni.
Kate Spade Carey Medium Flap Shoulder Bag ni pulak Cie beli dari Fashrevo. Website dia je ada beg yang Cie beli ni. Dari bulan April hari tu dah survey. Mulanya nak beli design lain. Tengok size tak berkenan, tengok warna tak berkenan. Lastly beli yang ni.
Mulanya macam berbelah bagi nak beli ke taknak. Tapi sebab Cie takde beg yang boleh bawak pergi kenduri atau nak pakai raya. Beg yang Cie bawak pergi kenduri atau pakai masa raya tu dah tertanggal kulit dia pada tali. Habis tertanggal melekat pada baju masa Cie pakai raya hari tu. Tu yang terdetik beli jela beg lain.
Beg tu Cie pilih sendiri masa husband cakap beli la apa-apa hadiah birthday rasanya tahun 2022. Beg Polo Hill Ladies Lexi Quilted Chain Sling Bag. Bertahan 3 tahun je dah tertanggal-tanggal kulit. Beg elok lagi. Tali tu je dah rosak. Pakai harian boleh la.
Rasa berbaloi beli Kate Spade Carey Medium Flap Shoulder Bag ni sebab besar. Macam-macam boleh sumbat. Wallet, power bank dan barangan perempuan yang lain-lain tu la.
Beg ni boleh juga pakai sling atau shoulder. Memang Cie pilih yang jenis kedua-dua ada fungsi. Ada masa boleh pakai atas bahu je, ada masa boleh jadikan sling bag.
Masa Cie order tu ada warna hitam je. Boleh jela hitam pun. Senang nak match dengan semua baju. Belum ada lagi beg Cie warna hitam. Yang exbos Cie bagi warna coklat, kakak Cie bagi warna coklat. Yang exbos bagi tu Polo Hill. Cie pakai weekend keluar beli barang dapur jenis sling. Kakak Cie bagi yang Rizman Ruzaimi jenis shoulder Cie bawak pergi kerja.
Kadang-kadang beg Cie yang masih elok tapi Cie tak pakai dah, Cie akan bagi orang je. Bazir kalau tak pakai tapi masih elok.
Setakat hari ni belum rasmikan lagi Kate Spade Carey Medium Flap Shoulder Bag Cie ni. Nanti la raya haji kalau ada ke mana-mana Cie nak pakai beg tu.
Warna hitam selamat sikit.. Senang nak mix n match
BalasPadamCantik beg tu Cie... sesuai pergi apa² event. adehhh... kalau akak dah tak sabar nak pakai😁
BalasPadamMasalah beg branded ni pakai lah lenjan camne... dia tahan lama huhu. Nak tukar lain pun berkira².. Akk ada Coach dan KS pakai utk jalan & kerja.. rasa dah banyak tahun pakai awatlah elok lagi. Nak ler juga tukar².
cutenya beg tuuuu! MZ suka brand KS ni ;) byk jugaklah my collection KS ni, gilir2 pakai ikut mood/warna OOTD etc
BalasPadamKak SA blom ada koleksi KS lagi...setakat ni ada MK dan Coach aje...boleh la survey2 fashrevo plak...
BalasPadamCantiklah. Simple dan ada dua style. Suka beli yang berjenama dan berkualiti. Boleh pakai lama kan. Pilihan yang tepat, hitam boleh dipadankan dengan any warna baju. Tapi kena sedondon dengan kasut hitam lah gitu kan.
BalasPadam