Dinner Di Kedai Sungai Kerpan

5/15/2025 10:15:00 PTG
Cie balik kerja tadi kakak Raisha bagitau, tadi balik sekolah adik Rania kalut cari stok pen sebab nak bagi ustazah KAFA dia. 

Asalnya ibu cakap taknak bagi hadiah hari guru tahun ni. Mulanya dia macam ok je. Taktau kenapa tiba-tiba dia nak bagi jugak. Katanya nanti ustazah pelik setiap tahun bagi kenapa tahun ni tak bagi. Padahal takdela ustazah tu kesah pun. Apa-apa jela pemikiran budak Rania ni.

Cie cakap kat kakak Raisha takpela kang keluar makan kita singgah la kedai Eco. Cie terus bagitau husband makan luar jela sekali nak ke kedai Eco. Asalnya Cie nak suruh husband bungkus je sebab Cie tak masak. 

Lepas Maghrib tadi keluar la ke kedai Eco dulu takut nanti tutup pulak kalau pergi makan dulu. Masuk kedai Eco je rak pen tu kosong. Tinggal pen biru je. Pen merah semua habis. Ada budak tu macam tantrum nak jugak pen merah sampaikan kena herdik dengan mak dia baru senyap. Mak dia kata ‘pen merah takde’ dengan nada agak tinggi la.

Lepas tu ada beberapa orang lagi masuk cari pen merah jugak. Dah kenapa semua nak bagi pen. Cie cakap kat adik Rania tak payah la bagi pen. Bagi benda lain. Kakak Raisha kata nanti bagi pen dakwat habis ustazah buang. Cie suggest beli kerongsang je. Lepas tu nampak sikat ambil sikat jugak. Takdela seketul je bagi kerongsang. 

Sikat ustazah boleh pakai sikat rambut. Kerongsang pun ustazah boleh pakai pergi kelas. Tak rugi benda tu boleh pakai lama. Baru la adik Rania tak merungut. Mulanya dia taknak bagi katanya nanti pelik pulak bagi sikat dan kerongsang. Pemikiran budak-budak yang mereka nampak bagi pen je. Padahal sebelum ni banyak dah bagi macam-macam. 

Lepas settle beli tu baru la kami dinner di Sungai Kerpan. Kedai favourite Char Kuetiau. Cie order kuetiau kerang, husband order nasi goreng legend, kakak Raisha order nasi goreng udang dan adik Rania order char kuetiau udang. Cie tambah order keropok lekor dia sedap. Digoreng garing.

Dinner Di Kedai Sungai Kerpan

Dinner Di Kedai Sungai Kerpan

Dinner Di Kedai Sungai Kerpan

Dinner Di Kedai Sungai Kerpan

Dinner Di Kedai Sungai Kerpan

Kedai ni memang best seller dia adalah char kuetiau. Tapi dia ada je menu lain. Pemilik kedai ni orang kampung Cie. Mereka suami isteri yang masak. Orang kampung Cie tu yang isteri nya. Ramai customer kedai dia sentiasa penuh kedai silih berganti customer datang.

Paling best kedai ni ada cili potong atas meja. Memang bertambah la Cie makan cili potong. Cili jeruk memang ada dah dalam pinggan, Cie tambah lagi cili potong.

Dinner Di Kedai Sungai Kerpan

Alhamdulillah dah siap makan kami terus balik ke rumah. Balik rumah Cie terus bungkus hadiah adik Rania nak bagi ustazah tu. Suruh dia tulis sendiri pada paper bag tu. Cie tak snap gambar pun hadiah.

Tahun ni entah kenapa Cie takde plan nak bagi. Sebelum ni setiap tahun bagi at least pen kat cikgu sekolah rendah dan ustazah KAFA. Pernah jugak bagi fridge magnet. Tak ingat dah bagi apa lagi. Kekadang hadiah hujung tahun pun bagi.

Cikgu tak mintak pun tapi sekadar saja nak bagi. Tak terbalas juga jasa dan pengorbanan cikgu mengajar. Doakan cikgu-cikgu pun boleh je. Semoga dikurniakan kesihatan, diberi rezeki melimpah ruah, dipermudahkan urusan, dikurniakan pahala berlipat ganda. 

12 ulasan:

  1. Yg penting ingatan dan tanda penghargaan utk guru

    BalasPadam
  2. Yg penting ingatan dan tanda penghargaan utk guru

    BalasPadam
  3. Kita sama la Cie..No idea what to give to the teacher...=)

    BalasPadam
  4. sedap nmpknya menu2 tu especially nasi goreng ada udang tu

    BalasPadam
  5. Tahun ni alhamdulillah PH tak pening kepala sbb jumpa awal hadiahnya plus dlm julat harga yg kita nak. Lega rasa wpun Cg takdelah harapkan apa² tapi anak² seronok bila dapat bg hadiah. Jadi, raikan saja :)

    BalasPadam
  6. wow char kuew tiau dia nampak sedap Cie :)

    BalasPadam
  7. wow char kuew tiau dia nampak sedap Cie :)

    BalasPadam
  8. Wah, cerita yang sweet sangat ni! Kadang-kadang kita terfikir benda simple macam hadiah hari guru tapi bila dengar dari sudut anak-anak, baru tahu macam mana mereka juga ingin tunjuk penghargaan walaupun dengan cara mereka sendiri. Pilihan sikat dan kerongsang memang sangat thoughtful, lebih praktikal dan bermakna.

    BalasPadam
  9. waduhhhh c.k.teow sedapnyaaaa! tu lah tak terbalas jasa guru. moga dipermudahkan urusan semua guru di Malaysia aminnn

    BalasPadam
  10. Cikgu tanda buku pakai pen merah sebab tu kot adik nak juga pen merah.
    Ngam lah CKT makan dengan cili jeruk. Tambah plak cili potong, padu tu.

    BalasPadam
  11. Hadiah tanda penghargaan kan...Kak SA anak fh umur 21 tahun..so dh x de dah kena bagi hadiah untuk hari Guru

    BalasPadam
  12. Terlajak laris pen merah hari guru ni kan. Aduhaiii kesian mak yang anaknya tantrum tu.

    Sedapnya kuetiau goreng tu. Makan pulak tu dengan cili ceruk potong. Berselera makan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.