Kursus Budaya Korporat 2025

5/14/2025 10:45:00 PTG
Hari ni Cie ada Kursus Budaya Korporat 2025 yang diadakan di Laman Qaseh Tempoyang. Kat situ la anak buah Cie buat majlis nikah bulan 11 tahun 2024. Hari ni kembali lagi ke Laman Qaseh Tempoyang untuk hadir Kursus Budaya Korporat anjuran Hospital Kuala Lipis.

Kursus Budaya Korporat 2025

Kursus Budaya Korporat 2025
Sesi pagi.

Kursus Budaya Korporat 2025
Dapat goodies

Kursus bermula 8 pagi tadi pendaftaran dan terus dengan slot ceramah pertama oleh Dato Dr Abdul Halim bin Mohd Hussin, Presiden PERKAMA International. PERKAMA adalah Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa. Bukan calang-calang orang. Katanya dia asal orang Kampung Budu Kuala Lipis. 

Kursus Budaya Korporat 2025

Cie tengok wikipedia katanya dilahirkan di Raub. Takde pulak dia sebut lahir kat Raub tadi. Cuma dia kata asalnya orang Kampung Budu. Banyak juga Dato Dr ni menjawat pelbagai jawatan sebelum ni. Asalnya menjadi seorang guru je. Lepas tu bertukar-tukar gred profesion. 

Banyak juga beliau kongsi berkenaan dengan Budaya Korporat. Cie ni dah 17 tahun berkhidmat rasanya belum pernah Cie join Kursus Budaya Korporat ni. Seingat Cie la takde. Seronok juga dapat input baru.

Slot Dato Dr Abdul Halim ni ada 2 sesi. Sesi sebelum minum pagi, berhenti minum pagi dan sambung sesi kedua sebelum berhenti makan tengahari. 

Kursus Budaya Korporat 2025
Hari kursus je Cie minum pagi

Selepas habis slot Dato Dr Abdul Halim ni terus berhenti rehat makan tengahari. Sesi petang bersambung pukul 2.30 petang. Masuk sesi sebelah petang ni ada games, pembahagian kumpulan dan 2 sesi slot ceramah.

Kursus Budaya Korporat 2025
Menu lunch ayam masak lemak, ikan masin, sayur campur, tembikai

Masa games tu seronok la asyik gelak je terasa tegang kulit muka Cie. Non stop gelak kelakar. Bercampur dengan profesion lain. Ada doktor pakar, doktor, jururawat, sister, matron, penolong pegawai perubatan, allied health proffesion. Bercampur la profesion yang ada di hospital.

Ceramah 2 slot petang tadi oleh Pegawai Psikologi dan Timbalan Pengarah Hospital. Lepas tu sambung main games lagi. Lepas tu baru la kerja berkumpulan untuk present malam ni. Timbalan Pengarah bagi case study dan kena present malam ni. Cie melopong jela sebab case study tu berkaitan klinikal. Cie ni bab pemakanan tau la. Klinikal bukan bidang. 

Kursus Budaya Korporat 2025
Pegawai Psikologi

Sambil bincang case study tadi sambil minum petang. Memang kerja makan jela hari ni. Minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. 

Kursus Budaya Korporat 2025
Aktiviti kumpulan nak present malam

Kursus Budaya Korporat 2025
Minum petang sardin roll dan cek mek molek

Habis menulis kat kertas majong untuk present sesi malam, kami semua balik ke rumah. Dah pukul 5 lebih. Otak pun dah jem dari pagi. Dah tak sabar nak balik je. Balik rumah dapat baring nikmat tak terkata. 

Lepas je Maghrib terus gerak semula ke Laman Qaseh. Husband Cie hantar pulak dekat je dari rumah Cie 5 minit je. Belah malam tak berani drive area tempat kursus ni jalan sibuk sikit dengan kereta. Jalan utama KL ke Kelantan tu yang sibuk. Lagipun malam silau tak nampak sangat. Pagi tadi dan sesi petang tadi Cie drive je sendiri.

Sesi malam ada BBQ Dinner. Sebelum start tadi makan dulu. Lepas tu baru sambung dengan sesi pembentangan kumpulan. Sesi malam memang mengantuk la ditambah pulak baru lepas dinner.

Kursus Budaya Korporat 2025

Kursus Budaya Korporat 2025
Menu dinner nasi goreng cina, fries, lamb, ayam, mushroom sauce, tembikai

Kursus Budaya Korporat 2025
Special menu dinner

Pukul 10.15 malam baru la habis Kursus Budaya Korporat 2025 untuk kali ini. Banyak la input Cie dapat dari kursus ni. Boleh juga berkenalan dengan staf hospital dari jabatan lain. Borak dengan team group Cie ada sorang tu dia tanya service Cie dah berapa tahun. Cie kata tahun ke 17 dah, 13 tahun dah kat Hospital Lipis. Dia tanya umur berapa Cie jawab 41 dia kata eh takde gaya la nampak muda patut la service dah lama. 

Kembang sekejap bila orang puji nampak muda ni. Hahahah. Kawan-kawan anak Cie pun selalu tanya umur ibu berapa. Semua kata nampak muda. Entahla rasa nampak je dah tua ni. Hihi

Alhamdulillah dah selesai. Balik berehat esok nak masuk kerja. Dah terlebih time tidur Cie selalunya 10 malam. 



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.