Latihan Sukan dan 7E Cafe

Balik kelas tambahan KAFA tengahari tadi adik Rania dengan muka sedih cakap petang ni kena pergi latihan sukan. Dia masuk acara lontar peluru so kena datang latihan sukan pukul 5 petang. 

Adik Rania merengek taknak pergi latihan katanya penat la apa la. Cie pun cakap pergi jela bersukan nanti dapat markah pjksk tu. Kalau KAFA ni sebagai tambahan je walaupun ada peperiksaan UPKK pun bukan ada kaitan dengan aktiviti sekolah. Ada je pelajar tak sekolah KAFA pun. Ibu hantar pergi sekolah KAFA sebab nak anak-anak pandai ilmu agama.

Akhirnya adik Rania kata takpela pergi jela latihan sukan petang ni dengan syarat singgah 7E Cafe nak beli ais krim lepas habis latihan. Amboi siap dia bagi kita syarat pulak dah. Apa-apa jela anak nombor 2 ni.

Masa nak keluar rumah pukul 4.50 petang angin kuat, awan dah gelap tapi kami keluar jugak la hantar ke sekolah kot la kat sekolah tak mendung. Sampai je kat sekolah hujan pun dah turun renyai-renyai. Budak-budak ada dah sampai. Cie pun turun jugak dengan kakak Raisha sebab husband nak kena patah balik rumah sebab dia tertinggal wallet.

Latihan Sukan dan 7E Cafe

Kami pun ikut adik Rania masuk sekolah. Takut pulak nak tunggu kat luar pagar tu walaupun ada je pondok beratap. Sebab angin kuat sangat. Lama kelamaan cikgu pun ada datang, pelajar-pelajar pun mula ramai dah datang. Cikgu buat juga latihan lompat tinggi kat dewan terbuka. Adik Rania tak dapat la nak buat latihan lontar peluru sebab hujan dah makin lebat.

Latihan Sukan dan 7E Cafe

Latihan Sukan dan 7E Cafe

Cikgu tak bagi balik lagi katanya kalau hujan berhenti nanti boleh la mula latihan lontar peluru. Hujan takde tanda berhenti pun. Sampai la 6.30 petang baru la cikgu bagi balik. Mereput juga la tadi menunggu kat sekolah. Hujan memang tak boleh ke mana-mana la.

Keluar sekolah terus ke 7E Cafe. Kami ke 7E Cafe Bandar Baru dan terus singgah bungkus makanan dinner kat terminal bas. Dah siap order dan bayar pau, hot cappucino dan ais krim kat 7E tiba-tiba adik cashier cakap mesin ais krim dia jem tak keluar ais krim. Dia tanya nak duit ke tukar barang lain. Kami pilih nak duit.  

Latihan Sukan dan 7E Cafe

Latihan Sukan dan 7E Cafe
Cie nak try pau carbonara tu. Husband pau ayam. Biasa je rasa pau tu kalau inti penuh baru sedap

Selepas ambil makanan bungkus tadi kami terus la ke 7E Cafe sebaris KFC tu pulak untuk beli ais krim. Mujur mesin dia elok. Ada ais krim coklat dan grape. So kami ambil 2 coklat dan 1 grape. Kami suka ais krim 7E Cafe ni sedap dan murah. Walaupun hujan gigih 3 beranak makan ais krim.

Latihan Sukan dan 7E Cafe

Latihan Sukan dan 7E Cafe

Latihan Sukan dan 7E Cafe

Cie order yang grape. Sampai dalam kereta dan makan sikit je, adik Rania mintak tukar dia nak grape pulak. Tadi dia order coklat.

Balik rumah azan Maghrib pun berkumandang. Lepas Maghrib dinner la kami makanan bungkus beli kat kedai baru je try beli situ. Nanti Cie share entry yang lain. Esok la kot Cie share.

3 ulasan:

  1. my razeen pun ada latihan sukan jugak kat sek esok

    BalasPadam
  2. All the best Rania. Pau carbonara tak pernah rasa.

    BalasPadam
  3. Jangan skip senaman panaskan badan sebelum berlatih ye.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.