Taman Eko Rimba Terenggun

5/26/2025 06:19:00 PTG
Sabtu baru ni 24 Mei 2025 kita try trek baru di Taman Eko Rimba Terenggun untuk brisk walk. Brisk walk mengelilingi tasik yang luas, melihat pokok-pokok pelbagai spesis, kehijauan pemandangan seronok juga.

Taman Eko Rimba Terenggun

Terenggun ni dah lama wujud. Seingat Cie masa zaman Cie kecik dah ada. Dulunya dikenali dengan nama Hutan Simpan Terenggun. Masa Cie bertunang tahun 2010 pun pernah outdoor photoshoot kat situ.

Sekarang ni dah disediakan trek untuk penduduk Lipis beriadah. Kalau sorang-sorang seram juga buat aktiviti kat situ. Make sure berteman ye.

Taman Eko Rimba Terenggun ni terletak di Hutan Simpan Terenggun kira-kira 9km dari Bandar Kuala Lipis. Landmark simpang sebelah IPG Lipis. Ianya merupakan destinasi rekreasi yang dikelilingi keindahan alam semula jadi serta pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Taman Eko Rimba Terenggun

Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan Di Taman Eko Rimba Terenggun

1. Berkelah

Kat Taman Eko Rimba Terenggun ni sesuai juga dijadikan tempat perkelahan. Ada disediakan pondok, kerusi dan beberapa tempat yang sesuai untuk berkelah. Nak lagi santai boleh bawak tikar berkelah di tepi tasik. Nak mandi tak sesuai la sebab air tasik kan. 

2. Brisk Walk

Aktiviti ini boleh dijalankan sama ada waktu pagi atau petang. Ada disediakan trek mengelilingi tasik. Luas juga dalam 1 km lebih. Kena buat 5 pusingan la baru dapat 5 km.

3. Aktiviti Perkhemahan

Tapak perkhemahan juga ada disediakan di situ boleh la kalau ada perancangan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.

4. Fotografi Alam

Bagi yang meminati fotografi boleh la datang ke situ untuk mengambil gambar tumbuhan alam flora dan fauna yang terdapat di situ.

Kemudahan Yang Disediakan Di Taman Eko Rimba Terenggun

1. Tempat Letak Kereta dan Motor

Tempat untuk meletakkan kenderaan juga ada disediakan. Kereta dan motor jela boleh masuk. Bas tak boleh masuk jalan agak sempit. Tempat letak kereta dan motor saja yang sesuai.

2. Kemudahan Tandas

Disediakan juga tandas awam untuk kegunaan pengunjung.

3. Pondok Rehat

Selepas penat beriadah boleh la beristirehat seketika ada banyak menudahan pondok rehat beserta kerusi yang selesa disediakan.

4. Taman Permainan Kanak-kanak

Kalau bawa anak-anak boleh la bagi anak-anak bermain di taman permainan kanak-kanak yang disediakan. Ada papan gelungsur, ada buaian. Anak-anak pasti seronok.

Bayaran Masuk

Tiada bayaran masuk dikenakan. Boleh je datang untuk menjalankan aktiviti rekreasi bersama keluarga atau rakan-rakan.

Jom Cie share antara gambar-gambar yang Cie sempat snap. Kalau korang ada kamera DSLR ke atau ada kamera canggih-canggih tu boleh la try shoot kat situ mesti cantik gambar. Cie ni guna iphone je tu pun tak reti sangat ambil main snap je.

Taman Eko Rimba Terenggun
Mungkin akan datang ada padle boat, kayak pulak kat sini kot

Taman Eko Rimba Terenggun
Pelan lokasi Taman Eko Rimba Terenggun

Anak beranak ni tak habis posing. Bapaknya dah jalan ke depan.

Lebih kepada nak bergambar je ni. Hahaah

Ada pondok kalau penat boleh la duduk

Brisk walk sambil tengok alam semulajadi

Taman Eko Rimba Terenggun
Sayup je nak sampai ke sebelah sana tu kena keliling tasik

Taman Eko Rimba Terenggun
Unik pokok ni bukan tumbuh menegak

Taman Eko Rimba Terenggun
Ada tempat cantik je kita stop bergambar

Taman Eko Rimba Terenggun
Disebelah tasik ni ada juga tasik kecil

Baru halfway ni jauh lagi nak sampai


Taman Eko Rimba Terenggun
Tempat permainan kanak-kanak


Taman Eko Rimba Terenggun
Tapak perkhemahan

Taman permainan ada buai dan gelungsur

Tandas kat tengah-tengah laluan dan kat parking kereta ada disediakan

Taman Eko Rimba Terenggun

Taman Eko Rimba Terenggun

Taman Eko Rimba Terenggun

Lebih sikit dari 1.26km tu rasanya sebab Cie on jam lambat terlupa. Dah banyak langkah baru teringat. Tu yang jadi start dan finish tu tak bertemu

Kat depan parking ni 

Ini saja la serba sedikit info yang Cie boleh kongsikan. Untuk keterangan lanjut dari segi aktiviti perkhemahan dan sebagainya boleh la terus menghubungi Pegawai Hutan Daerah Lipis.




7 ulasan:

  1. Laaaa Terenggan rupanya. Ingatkan Terengganu. Patutlah pelik nape dekat Lipis. Jauh betul rimbanya. Heheee..

    BalasPadam
  2. Baru tahu ada tempat nama Terenggun ...
    Nampak sunyi, kena berteman agaknya kalau nak beriadah di sini. Pokok tu unik :)

    BalasPadam
  3. Menarik kawasannya.. Masih baru ke atau memang macma tu ja..
    Okaylah banyak juga aktiviti yang boleh dibuat..

    BalasPadam
  4. Wow nice...Tp Sy ni kdg2 overthinking sikit kalau brjln dkt dgn tasik =D

    BalasPadam
  5. Pertama kali tahu akan kewujudan tempat ni. Bagus la, boleh riadah satu family. Ada trek berjalan keliling tasik. Sambil jalan, tengok pemandangan pokok. Nice!

    BalasPadam
  6. Menarik lah taman rekreasi ni. Luas dan banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini. Bagus jugalah mereka sediakan kemudahan yang diperlukan di sini. Biasalah tu, perempuan dan bergambar banyak-banyak berpisah tiada.

    BalasPadam
  7. Akak suka briskwalk, tapi ntah bila nak mula semula..hari2 briskwalk kat office je...kerja akak x duduk diam kat office...kesana kesini dan jarak agak jauh...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.