Meatball Cheese Dan Roti Sosej Cheese
Malam ni Cie masak menu western. Sarapan dan lunch tak masak so menu dinner Cie masak fries, meatball cheese dan roti sosej cheese. Takde nasi, takde sayur malam ni. Sesekali ubah selera. Masak menu western yang simple je.
Pagi tadi beli barang dapur Cie beli meatball. Bahan lain semua ada dah kat rumah. Mozarella cheese tu beli masa raya hari tu. Ingatkan nak masak macaroni baked bahan semua ada tapinya tak masak-masak. Tu yang buat meatball cheese jela malam ni. Nanti terlupa expired pulak mozarella cheese tu.
Resipi Meatball Cheese
Bahan-bahan Meatball Cheese
30 biji meatball (rebus 1 minit)
1 botol sos pasta cendawan (Cie guna brand kimball)
4 ulas bawang putih cincang
1/4 biji bawang holland cincang
4 biji cendawan butang hiris
2 sudu marjerin / butter
Mixed herbs (takde pun takpe)
Mozarella cheese
Parsley kering (kalau takde takpe)
Bahan perasa
Cara Membuat Meatball Cheese
- Panaskan kuali kemudian masukkan marjerin. Biar cair dan masukkan bawang putih serta bawang holland. Kacau hingga layu.
- Masukkan cendawan butang kacau seketika.
- Masukkan sos pasta, sedikit air untuk goncangkan sos pasta dalam botol.
- Masukkan mixed herbs dan bahan perasa. Kacau sebati.
- Bila dah mendidih masukkan meatball dan kacau rata.
- Asingkan 2-3 sudu besar sos pasta tu untuk buat roti sosej cheese.
- Masukkan meatball ke dalam bekas aluminium tray. Taburkan cheese dan parsley.
- Bakar dalam oven suhu 180c selama 10 minit nak bagi cheese tu cair je.
Senang je nak buat meatball cheese ni. Kalau nak buat macaroni baked pun boleh guna resipi yang sama cuma kena tambah macaroni yang direbus. Buat la dalam 1 cawan setengah. Boleh dapat banyak. Cie tadi pun bagi jiran sikit semua yang Cie masak.
Kalau takde oven boleh je letak dalam kuali dan tabur cheese. Tutup dengan tudung periuk nanti cair la cheese tu.
Next nak buat roti sosej cheese. Tadi kan dah asingkan sos pasta tu sikit untuk sapu pada roti. Sikit je sekeping roti dalam 1-2 sudu kecil je.
Resipi Roti Sosej Cheese
Bahan-bahan Roti Sosej Cheese
5 keping roti putih Gardenia
5 batang sosej
Sos pasta yang dah diasingkan dari sos meatball tadi
Mozarella cheese
1 biji telur dipukul
Cara Membuat Roti Sosej Cheese
- Potong kulit roti. Letakkan sedikit sos pasta kemudian letak sosej. Tak perlu ratakan pada roti. Cukup sekadar letak sebagai tapak untuk sosej je. Boleh tengok gambar.
- Taburkan cheese atas sosej kemudian gulungkan roti. Tekan-tekan sikit supaya tak terbuka. Celupkan ke dalam telur bahagian atas sahaja.
- Susun dalam air fryer. Cie alas dengan baking paper. Buat hingga selesai semua sekali.
- Bakar dalam air fryer selama 10 minit dengan suhu 180c.
- Bila dah masak potongkan bahagian tengah. Boleh makan panas-panas ketika cheese masih cair.
Roti sosej cheese ni pun senang je nak buat. Kalau takde air fryer boleh je bakar dalam oven. Makan waktu panas-panas roti tu masih rangup dan cheese cair. Memang sedap dan mengenyangkan.
Fries tu pulak goreng jela macam biasa buat tambah-tambah menu. Makan macam ni pun dah cukup mengenyangkan. Menu western ni tak boleh makan banyak jugak nanti cepat muak.
Tadi masa beli barang dapur dah nampak salad tapi tak jugak ambil. Bila dah balik rumah baru terfikir takde sayur menu malam ni. Kalau ada salad sedap juga makan dengan meatball cheese dan roti sosej cheese ni. Malas dah nak ke kedai. Tapi takpela cendawan butang tu boleh jela dikira sayur.
Tiada ulasan: