Menu Tengahari Simple Tapi Padu
Hari ni takde ke mana-mana. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK sampai tengahari. Husband pulak mesyuarat PIBG juga sampai tengahari. Aktiviti pagi tadi blogwalking, scroll social media jela.
Lepas tu duk mengemas baju masuk dalam almari. Sebakul penuh dah baju seminggu yang kena gantung. Bab melipat baju kerja husband. Yang baju bergantung je Cie yang buat. Nanti husband gantung ikut dan tak kena pulak di mata. Hahaha.
Dah settle bahagian almari baju, iron baju kerja dan tudung seminggu pulak. Siap semua kerja dah 11 lebih terus la masuk dapur masak menu tengahari simple tapi padu. Habiskan ayam ada sebungkus lagi dalam freezer tu.
Cie masak kari ayam tanpa santan. Guna serbuk kari Babas tu cantik warna kari. Cie tumis bawang putih hiris, bawang besar potong sampai separa garing terus masuk serbuk kari dan masuk air. Bila pecah minyak, masuk lagi air. Pecah minyak lagi baru masukkan ayam dan air. Biar je sampai ayam masak. Masuk pes asam jawa Adabi sikit, bahan perasa sikit. Biarkan sampai kuah sedikit kering dan pekat.
Kalau ada daun kari lagi sedap wangi bau kari ayam. Tapi tu la takde pokok kari kat rumah ni. Hari tu tanam dah kena serang dengan ulat habis semua jadi hitam dan lama-lama terus mati je. Jiran ada je tanam depan rumah dia dah cakap hari tu nak guna ambil je. Malas pulak nak keluar rumah. Dia kata jiran sebelah rumah dia tu tanam dulu dah pindah. Pokok tu subur sampai sekarang. Besar-besar daun kari tu.
Mulanya nak masak nasi minyak, kari ayam dan acar timun. Takde papadom pulak. Kalau ada papadom baru sedap. Jadinya tukar jela menu kari ayam dan nasi putih. Sedap juga menu tengahari simple macam ni tapi rasanya padu.
Nak lagi ngam Cie goreng ikan bekok (rasanya la sebab Cie tak kenal ikan bekok). Anak saudara husband bagi. Husband tak tanya ikan apa dia main terima je. Cie goreng ikan tu dengan bawang besar dan cili padi. Lepas tu perah limau masa nak makan. Memang sedap betul. Padu je rasa. Tak masin sangat tapi ada rasa macam lemak sikit je.
Goreng garing-garing memang padu makan dengan nasi putih dan kari ayam tanpa santan pekat likat kuah kering sikit jangan cair tak sedap. Nak lagi padu kena ada sambal belacan, ulam timun dan salad. Memang tak toleh kiri kanan la makan. 3 beranak tu bertambah makan. Cie sorang je makan tak bertambah.
Sambal belacan tu masa beli nasi ayam berempah dapat sambal banyak. Jadinya simpan jela dalam fridge. Beli 4 bungkus nasi ayam berempah dapat la sambal untuk 4 orang. Anak-anak makan juga sambal belacan tapi tak banyak. Tu yang setiap kali ada lebih je simpan dalam fridge tahan lama je.
Cie buat air sirap ais. Memang padu betul menu tengahari Cie hari ni. Macam makan kenduri la ada nasi putih, kari ayam, ikan masin, ulaman dan sambal belacan. Minum pulak sirap ais. Berpeluh la makan tengahari kan.
Alhamdulillah.. Linda tak masak nasi lagi.. Ptg sekali lah... Malas betul rasanya...
BalasPadamTengok pun nampak sedap. Kari ayam, sambal belacan dan ike bekok, kalau saya pun tambah nasi. :)
BalasPadam